Terkini
Naik gaji, tingkat kualiti hidup rakyat – Rafizi
Kerajaan fokus untuk meningkatkan kadar pendapatan rakyat kerana ia memberi kesan langsung terhadap kualiti hidup mereka secara keseluruhannya, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

- Kerajaan fokus untuk meningkatkan kadar pendapatan rakyat kerana ia memberi kesan langsung terhadap kualiti hidup mereka secara keseluruhannya, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
- Katanya, kira-kira separuh rakyat Malaysia digajikan mendapat hanya RM2 di atas garis kemiskinan RM2,208, dengan majoriti isi rumah jatuh bawah kategori berpendapatan rendah.
- “Cabaran sebenar negara ini berkait pendapatan. Jadi bila bercakap mengenai menghapuskan kemiskinan, kita perlu mewujudkan program yang boleh menjana pendapatan mampan untuk isi rumah ini,” katanya kepada pemberita.
- Rafizi berkata, disebabkan itu kerajaan melabur dalam infrastruktur bawah pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kemiskinan, termasuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
- Program IPR berjumlah RM750 juta melibatkan tiga inisiatif iaitu Inisiatif Usahawan Tani (Intan), Inisiatif Usahawan Makanan (Insan), dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (Ikhsan).
PUTRAJAYA – Kerajaan fokus untuk meningkatkan kadar pendapatan rakyat kerana ia memberi kesan langsung terhadap kualiti hidup mereka secara keseluruhannya, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Katanya, kira-kira separuh rakyat Malaysia yang digajikan mendapat hanya RM2 di atas garis kemiskinan RM2,208, dengan majoriti isi rumah jatuh bawah kategori berpendapatan rendah.
“Cabaran sebenar negara ini berkait pendapatan. Jadi bila bercakap mengenai menghapuskan kemiskinan, kita perlu mewujudkan program yang boleh menjana pendapatan mampan untuk isi rumah ini.
“Setelah meningkatkan kadar pendapatan, beberapa faktor dalam indeks kemiskinan pelbagai dimensi juga akan dibaiki secara sendirinya.
“Contohnya, jika kita lihat akses kepada internet atau (kemudahan) kesihatan dan sebagainya, kita sedia maklum apabila tahap pendapatan meningkat, kualiti kehidupan turut meningkat, jadi marilah fokuskan terhadap itu (terlebih dulu),” katanya kepada pemberita dalam satu majlis.
Katanya, disebabkan itu kerajaan melabur dalam infrastruktur bawah pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kemiskinan, termasuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
Program IPR berjumlah RM750 juta melibatkan tiga inisiatif iaitu Inisiatif Usahawan Tani (Intan), Inisiatif Usahawan Makanan (Insan), dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (Ikhsan).
Rafizi mengulas kenyataan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, yang membangkitkan keraguan terhadap sasaran kerajaan perpaduan untuk menghapuskan kemiskinan tegar.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menyoal sama ada garis kemiskinan digunakan kerajaan masih realistik dan berkata pendekatan diambil perlu beralih daripada bergantung kepada pendapatan isi rumah kepada menangani kemiskinan pelbagai dimensi.
Sumber: Free Malaysia Today
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular