Connect with us

Terkini

KPM keluarkan lima hadis daripada modul Hadis 40 Imam Nawawi – Arun Dorasamy

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi, dakwa Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy. 

Hanani Zulkifli

Published

on

Tidak selari aspirasi perpaduan, KPM keluarkan lima hadis daripada modul Hadis 40 Imam Nawawi – Arun Dorasamy
Foto: Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy. 
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi, dakwa Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy. 
  • Arun yang juga seorang peguam berkata, tindakan KPM itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS).
  • Katanya, lima hadis dikeluarkan itu, termasuk hadis ke-8 daripada hadis 40 tersebut, kerana dianggap tidak selari dengan aspirasi perpaduan.
  • MHS briefed me, 5 Hadith (including Hadith #8) removed from original 40 Hadith by KPM that deemed not inline with unity. Thank you! (MHS memberitahu saya, 5 hadis (termasuk Hadis #8) dikeluarkan daripada Hadis 40 asal oleh KPM yang dianggap tidak selari dengan perpaduan. Terima kasih!),” kata Arun dalam hantaran di laman Facebooknya semalam. 
  • Hadis kelapan dimaksudkan itu adalah hadis perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk memerangi manusia yang belum bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah hinggalah mereka menerima Islam, mendirikan solat dan membayar zakat.
  • Setakat berita ini ditulis, usaha The Merdeka Times untuk mendapatkan maklum balas MHS berhubung perkara itu belum membuahkan hasil. 
  • Ekoran bantahan beberapa badan bukan Islam, KPM pada 25 Ogos lalu mengumumkan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara hanya disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi, dakwa Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy. 

Arun yang juga seorang peguam berkata, tindakan KPM itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS).

Katanya, lima hadis dikeluarkan itu, termasuk hadis ke-8 daripada hadis 40 tersebut, kerana dianggap tidak selari dengan aspirasi perpaduan. 

MHS briefed me, 5 Hadith (including Hadith #8) removed from original 40 Hadith by KPM that deemed not inline with unity. Thank you! (MHS memberitahu saya, 5 hadis (termasuk Hadis #8) dikeluarkan daripada Hadis 40 asal oleh KPM yang dianggap tidak selari dengan perpaduan. Terima kasih!),” kata Arun dalam hantaran di laman Facebooknya semalam. 

Hadis kelapan dimaksudkan itu adalah hadis perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk memerangi manusia yang belum bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah hinggalah mereka menerima Islam, mendirikan solat dan membayar zakat.

Setakat berita ini ditulis, usaha The Merdeka Times untuk mendapatkan maklum balas MHS berhubung perkara itu belum membuahkan hasil. 

Media pada 19 Ogos lalu melaporkan KPM melancarkan modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah yang antara lain untuk menerapkan kefahaman agama dan memupuk semangat kasih sayang, khususnya dalam kalangan guru dan pelajar beragama Islam. 

Advertisement

KPM pada 25 Ogos lalu mengumumkan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara hanya disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.

Beberapa pertubuhan bukan Islam sebelum itu dilaporkan membantah pelaksanaan modul hadis tersebut dengan kebimbangan ia membabitkan pelajar bukan Islam. – The Merdeka Times  

Sumber: Arun Dorasamy – Mhs briefed me, 5Hadith(including Hadith #8… | Facebook

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending