Connect with us

Terkini

KPKM tidak bercadang larang penjualan beras tempatan kepada warga asing

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak bercadang melarang penjualan beras putih tempatan kepada warga asing yang berada di negara ini. 

Wartawan TMT

Published

on

KPKM tidak bercadang larang penjualan beras tempatan kepada warga asing
Foto: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak bercadang melarang penjualan beras putih tempatan kepada warga asing berada di negara ini. 
  • Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, warga asing memerlukan pengambilan beras sama seperti orang lain di negara ini.
  • “Tidak dibuat keputusan lagi, sebab warga asing pun perlu makan. Jangan lupa, mereka pun berkhidmat untuk keperluan negara kita,” katanya semasa sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, semalam.
  • Mohamad berkata, masalah kekurangan bekalan beras tempatan dalam pasaran disebabkan pembelian panik oleh orang ramai apabila harga beras import naik secara mendadak.
  • Beliau yakin masalah bekalan beras yang melanda negara ketika ini akan dapat diatasi dengan baik.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak bercadang melarang penjualan beras putih tempatan kepada warga asing yang berada di negara ini. 

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, warga asing juga memerlukan pengambilan beras sama seperti orang lain di negara ini.

“Tidak dibuat keputusan lagi, sebab warga asing pun perlu makan. Jangan lupa, mereka pun berkhidmat untuk keperluan negara kita,” katanya semasa sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) jika kerajaan akan melarang jualan beras putih tempatan dalam kalangan warga asing yang bekerja di negara ini.

Ahad (17 September), Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh bercadang untuk mengehadkan penjualan beras tempatan kepada warga asing berikutan kenaikan harga. 

Katanya, cadangan itu tidak bersifat diskriminasi, sebaliknya memberi keutamaan kepada rakyat Malaysia. 

Sementara itu, Mohamad berkata, masalah kekurangan bekalan beras tempatan dalam pasaran disebabkan pembelian panik oleh orang ramai apabila harga beras import naik secara mendadak.

“Sebelum ini, beras tempatan tidak dipedulikan sangat termasuk peniaga. Tetapi, apabila beras import naik, mereka mencari beras tempatan. Maka, beras tempatan menjadi permintaan utama yang menyebabkan ia berlaku sedikit kekurangan bekalan di pasaran,” katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin masalah bekalan beras yang melanda negara ketika ini akan dapat diatasi dengan baik.

“Isu beras ini berlaku paling hebat pada 2008 dan 2014, kedua-dua masa itu dapat diatasi dengan baik. Kali ini saya yakin dapat diatasi dengan baik,”  katanya.

Katanya, Malaysia mempunyai stok bekalan beras sebanyak 900,000 tan iaitu 250,000 tan stok simpanan dan 650,000 tan bagi stok dagangan yang mencukupi bagi menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.

Katanya, masih belum ada keperluan mendesak yang bersifat kecemasan untuk menggunakan stok simpanan beras kerana stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan itu masih mencukupi bagi menampung keperluan domestik.

“Kerajaan kini giat melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi negara supaya mencapai sasaran Kadar Sara Diri (SSR) beras iaitu sebanyak 80 peratus menjelang 2030.

“Antara inisiatif dilakukan adalah pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang diperluaskan dengan menyasarkan pelaksanaan program di kawasan seluas 150,000 hektar sawah padi dengan purata pengeluaran hasil sebanyak tujuh tan bagi setiap hektar,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending