Terkini
Kos input pertanian semuanya naik – Ahli Parlimen Bagan Serai
Pesawah dihimpit kesengsaraan apabila terpaksa menanggung kenaikan harga input pertanian antara 10 hingga 60 peratus tahun ini.
- Pesawah dihimpit kesengsaraan apabila terpaksa menanggung kenaikan harga input pertanian antara 10 hingga 60 peratus tahun ini.
- Mengikut pengiraan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai), antara input pertanian yang dikenal pasti mengalami peningkatan harga adalah baja, racun, harga mesin, benih padi dan minyak enjin jentera.
- Kadar upah seperti membajak, menuai, meracun dan menabur baja juga mengalami kenaikan, katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.
- Beliau menggesa kerajaan campur tangan untuk memastikan keterjaminan makanan negara pada masa akan datang.
KUALA LUMPUR: Pesawah dihimpit kesengsaraan apabila terpaksa menanggung kenaikan harga input pertanian antara 10 hingga 60 peratus tahun ini.
Mengikut pengiraan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai), antara input pertanian yang dikenal pasti mengalami peningkatan harga adalah baja, racun, harga mesin, benih padi dan minyak enjin jentera.
Selain itu, beliau berkata kadar upah seperti membajak, menuai, meracun dan menabur baja juga mengalami kenaikan.
“Upah bajak dulu RM80 seekar, sekarang RM90 seekar. Kenaikan 12.5 peratus. Harga mesin seperti pam racun, dulu RM1,700 dan sekarang RM2,300 seunit iaitu kenaikan sebanyak 35 peratus.
“Minyak enjin jentera sebelum ini RM190 untuk 18 liter, sekarang RM220. Kenaikan 15.7 peratus. Benih padi dulu RM35 bagi 20 kilogram (kg), sekarang sudah naik sebanyak RM56. Ertinya kenaikan sebanyak 60 peratus.
“Upah jentera dulu RM70 seekar, sekarang RM90. Kenaikan sebanyak 28.5 peratus. Upah meracun RM27 naik kepada RM30 seekar. Kenaikan 11.1 peratus. Harga racun rumpai dan serangga pula, dulu RM270 untuk 20 liter, sekarang naik sebanyak RM300 iaitu kenaikan 10 peratus.
“Upah buruh tabur baja dulu dibayar RM8 sekampit, sekarang naik RM10. Bagi upah tuai, dulu RM105 per tan, sekarang sudah naik RM125 per tan. Ertinya kenaikan sebanyak 19 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan campur tangan untuk memastikan keterjaminan makanan negara pada masa akan datang.
Katanya apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan menerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) adalah memecahkan monopoli kartel yang didakwa menindas pesawah dalam segenap rantaian sektor padi negara.
Beliau mendakwa ada kartel yang bertindak memonopoli bekalan benih, racun, baja, dron, mesin ambil padi, lori , kilang termasuk rantaian pemasaran.
“Ertinya rantaian ini mesti dipegang oleh PPK untuk memecahkan kartel-kartel ini, yang sedang dibuat oleh Pejabat Zakat Kedah hari ini. Alhamdulillah, pejabat zakat Kedah sudah buat dari benih sampai rangkaian kilang,” katanya.
Idris turut mencadangkan pembaharuan dapat dilakukan dalam persatuan peladang supaya tidak melantik orang politik yang beliau gelarkan kosong pengetahuan atau tiada merit mengenai selok-belok pertanian khasnya sektor padi.
“Persatuan peladang biar dipegang oleh mereka yang mengetahui selok-belok pertanian, bukan hanya untuk ‘parking’ orang yang tidak ada merit mengenai pertanian dan (terpaksa) letak orang politik yang tak reti apa. Pokok padi pun dia tak tahu. Jadi otak dia memang (semata-mata) nak ambil elaun. Itu saja,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times