Terkini
Isu Laut China Selatan: Malaysia, China setuju adakan komunikasi berterusan, terbuka – PM Anwar
Malaysia dan China bersetuju untuk mengadakan komunikasi berterusan dan terbuka mengenai isu Laut China Selatan bagi memastikan situasi di lapangan sentiasa aman, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- Malaysia dan China bersetuju adakan komunikasi berterusan dan terbuka isu Laut China Selatan bagi memastikan situasi di lapangan sentiasa aman, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Ia antara isu berkaitan Laut China Selatan dibincangkan semasa perjumpaannya dengan Premier China Li Qiang, semalam.
- Anwar berkata, Li menzahirkan sokongannya terhadap ASEAN Centrality dalam menangani isu keselamatan antarabangsa di rantau ini, menyokong blok ASEAN bebas, termasuk isu perseteruan di antara Amerika Syarikat dan China.
- “Premier Li telah menghuraikan konsep community for a shared future for mankind, yakni konsep yang menekankan prinsip keterbukaan, peradaban, keterangkuman, dan saling hormat-menghormati dalam menangani isu kerjasama dua hala, serantau dan antarabangsa,” katanya.
NANNING: Malaysia dan China bersetuju untuk mengadakan komunikasi berterusan dan terbuka mengenai isu Laut China Selatan bagi memastikan situasi di lapangan sentiasa aman, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, ia antara isu berkaitan Laut China Selatan yang dibincangkan semasa perjumpaannya dengan Premier China Li Qiang, semalam.
Anwar berkata, Li juga menzahirkan sokongannya terhadap ASEAN Centrality dalam menangani isu keselamatan antarabangsa di rantau ini, serta menyokong blok ASEAN yang bebas, termasuk mengenai isu perseteruan di antara Amerika Syarikat dan China.
Menurut Anwar dalam pertemuan berkenaan, beliau turut mengutarakan mengenai situasi Myanmar dan isu penghantaran balik pelarian Rohingya.
“Premier Li telah menghuraikan konsep community for a shared future for mankind, yakni konsep yang menekankan prinsip keterbukaan, peradaban, keterangkuman, dan saling hormat-menghormati dalam menangani isu kerjasama dua hala, serantau dan antarabangsa.
“Nilai ini konsisten dengan nilai-nilai dalam Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam sempena lawatan kerja beliau di sini untuk menghadiri China-ASEAN Expo (CAEXPO) ke-20.
Anwar berkata, secara amnya Malaysia menyokong nilai-nilai universal dalam membasmi kemiskinan, memperjuangkan keadilan dan pembangunan mampan. – BERNAMA
Sumber: BERNAMA
Terkini
KDN rampas 703 unit jam digital mengandungi bahan Al-Quran tanpa perakuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 703 jam digital yang mengandungi audio 30 juzuk al-Quran dianggarkan bernilai RM230,000 dan menahan dua individu, dalam serbuan di sebuah premis di Batu Caves, Selangor.

- Kementerian Dalam Negeri (KDN) rampas 703 jam digital mengandungi audio 30 juzuk al-Quran bernilai RM230,000 dan menahan dua individu, dalam serbuan di sebuah premis di Batu Caves, Selangor.
- KDN dalam kenyataan semalam memaklumkan serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, susulan jam digital tersebut tidak mempunyai perakuan KDN berdasarkan keperluan di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986.
- “Al-Quran yang tidak mempunyai perakuan KDN ini dikhuatiri mempunyai kesalahan dan mengelirukan masyarakat melalui sebutan dan bacaannya, dan akan membawa maksud tidak tepat sebagaimana ayat tersebut diturunkan,” menurut kenyataan itu.
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 703 jam digital yang mengandungi audio 30 juzuk al-Quran dianggarkan bernilai RM230,000 dan menahan dua individu, dalam serbuan di sebuah premis di Batu Caves, Selangor.
KDN dalam kenyataan semalam memaklumkan serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, susulan jam digital tersebut tidak mempunyai perakuan KDN berdasarkan keperluan di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986.
“Mana-mana penerbitan al-Quran dalam pelbagai bentuk yang mengandungi satu juzuk atau lebih ayat al-Quran, hendaklah mendapatkan perakuan KDN terlebih dahulu sebelum diedar atau pun dijual di negara ini.
“Al-Quran yang tidak mempunyai perakuan KDN ini dikhuatiri mempunyai kesalahan dan mengelirukan masyarakat melalui sebutan dan bacaannya, dan akan membawa maksud tidak tepat sebagaimana ayat tersebut diturunkan,” menurut kenyataan itu.
KDN memaklumkan sehingga kini terdapat sejumlah 952 pruf akhir teks al-Quran termasuk al-Quran elektronik dan digital yang diluluskan KDN untuk jualan dan edaran di negara ini.
Menurut kenyataan itu KDN akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti pengimportan, pengedaran dan penjualan al-Quran yang menyalahi Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986.
Pada masa yang sama orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti membeli dan memiliki al-Quran yang tidak mendapat kelulusan KDN, kerana jika disabitkan kesalahan pihak atau individu terlibat boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
“KDN menyeru orang ramai memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan teks serta bahan al-Quran tanpa kelulusan dan bahan penerbitan yang tidak diingini, dengan menghubungi di talian 03-8000 8000 / 8889 3145, emel [email protected] atau melalui laman web www.moha.gov.my,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA
Sumber: BERNAMA
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular