Connect with us

Terkini

‘Isu 3R tidak bercanggah dengan undang-undang negara’ – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak bersetuju sama sekali dengan langkah Kerajaan Perpaduan menyekat rakyat untuk menyentuh isu 3R (Institusi Diraja, Agama, Bangsa).

Wartawan TMT

Published

on

‘Isu 3R tidak bercanggah dengan undang-undang negara’ - Tun Mahathir
Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak bersetuju sama sekali dengan langkah Kerajaan Perpaduan menyekat rakyat untuk menyentuh isu 3R (Institusi Diraja, Agama, Bangsa).
  • Beliau turut mencabar pihak berkuasa supaya memanggilnya untuk disiasat dan didakwa kerana kerap bercakap berhubung isu berkenaan.
  • “Saya bercakap mengenai isu 3R, kalau nak tangkap…tangkaplah,” katanya ketika berucap pada Minggu Negarawan – Perlembagaan di sini, semalam.
  • Katanya, tidak masuk akal dalam sebuah negara rakyat sendiri tidak boleh menyentuh soal bangsanya sendiri.
  • Beliau berpandangan isu 3R langsung tidak bercanggah undang-undang negara.

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak bersetuju sama sekali dengan langkah Kerajaan Perpaduan menyekat rakyat untuk menyentuh isu 3R (Institusi Diraja, Agama, Bangsa).

Beliau turut mencabar pihak berkuasa supaya memanggilnya untuk disiasat dan didakwa kerana kerap bercakap berhubung isu berkenaan.

“Saya bercakap mengenai isu 3R, kalau nak tangkap…tangkaplah,” katanya ketika berucap pada Minggu Negarawan – Perlembagaan di sini, semalam.

Katanya, tidak masuk akal dalam sebuah negara rakyat sendiri tidak boleh menyentuh soal bangsanya sendiri.

Dr. Mahathir berkata, beliau melihat tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat undang-undang (berkenaan 3R) dengan sesuka hati.

“Apa yang kita lihat hari ini, Perdana Menteri membuat undang-undang ikut suka hati dia dan menyatakan tidak boleh bercakap mengenai isu 3R.

“Tidak ada dalam Perlembagaan menyebut bahawa Perdana Menteri dengan sendirinya boleh buat undang-undang,” katanya.

Advertisement

Katanya, beliau juga berpandangan isu 3R langsung tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

Malah, katanya, jika kerajaan mahu buat undang-undang mengenai isu 3R ia sepatutnya dibahas dalam Dewan Rakyat sebelum dijadikan satu peraturan.

Jelas Dr. Mahathir lagi, halangan oleh kerajaan terhadap isu 3R ini bukan dibentuk untuk menjaga keselamatan negara tetapi demi menghalang ahli politik pembangkang daripada mengkritik kerajaan.

“Menyentuh soal bangsa (Melayu) sendiri tidak dilihat berbaur unsur hasutan kerana kita bercakap benda benar mengenai orang Melayu itu.

“Jika rakyat tidak boleh bercakap mengenai masalah bangsa sendiri bagaimana isu dihadapi bangsa itu dapat ditangani,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending