Antarabangsa
Harga beras dunia catat kenaikan tertinggi
Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menyatakan bahawa harga beras antarabangsa mencatat lonjakan hampir 10 peratus antara Julai hingga Ogos 2023, lapor akhbar Khmer Times Sabtu (9 September).

- Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menyatakan harga beras antarabangsa mencatat lonjakan hampir 10 peratus antara Julai hingga Ogos 2023, lapor akhbar Khmer Times Sabtu (9 September).
- Kenaikan itu yang paling tinggi dalam tempoh 15 bulan.
- Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berkata harga makanan secara keseluruhan susut lebih dua peratus dalam tempoh sama.
- “Ketidaktentuan tentang tempoh larangan New Delhi dan kebimbangan terhadap sekatan eksport tersebut mendorong pembekal-pembekal terus menyimpan stok, merundingkan semula kontrak beras atau berhenti membuat tawaran harga,” demikian menurut kenyataan FAO.
- FAO juga mengurangkan unjuran pengeluaran beras pada musim ini melibatkan Indonesia, Thailand dan China, namun kekurangan itu dijangka diimbangi peningkatan pengeluaran oleh negara-negara lain termasuk Kemboja.
GENEVA, Switzerland – Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menyatakan bahawa harga beras antarabangsa mencatat lonjakan hampir 10 peratus antara Julai hingga Ogos 2023, lapor akhbar Khmer Times Sabtu (9 September).
Kenaikan tersebut adalah yang paling tinggi dalam tempoh 15 bulan.
Bagaimanapun, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut, harga makanan secara keseluruhan susut lebih dua peratus dalam tempoh sama.
Dalam satu kenyataan di Rom, FAO menyatakan, Indeks Harga Semua Beras melonjak 9.8 peratus dari Julai lalu dan mencerminkan gangguan terhadap perdagangan beras selepas India yang merupakan pengeksport beras terbesar dunia, melarang eksport beras putih Indica.
“Ketidaktentuan tentang tempoh larangan New Delhi dan kebimbangan terhadap sekatan eksport tersebut mendorong pembekal-pembekal terus menyimpan stok, merundingkan semula kontrak beras atau berhenti membuat tawaran harga,” demikian menurut kenyataan FAO.
India menyumbang hampir 40 peratus daripada perdagangan beras global pada 2022, merangkumi jumlah eksport 22 juta tan bernilai sekitar AS$9.66 billion (RM45.17 bilion), manakala beras negara berkenaan dieksport ke-140 negara di seluruh dunia.
Jumlah itu termasuk 4.5 juta tan beras basmati, 8 juta tan beras rebus, 6 juta tan beras putih bukan basmati dan 3.5 juta tan beras hancur.
FAO juga mengurangkan unjuran pengeluaran beras pada musim ini melibatkan Indonesia, Thailand dan China, namun kekurangan itu dijangka diimbangi peningkatan pengeluaran oleh negara-negara lain termasuk Kemboja.
Penggunaan beras dunia untuk 2023 hingga 2024 kini ditambat pada kadar 520.9 juta tan, meningkat 800,000 tan berbanding unjuran pada Julai lalu dan secara amnya stabil dari tahun ke tahun.
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas