Terkini
GST wajar dipertimbangkan kerana boleh tingkatkan hasil kerajaan, tapi perlu lebih telus
Memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkatkan hasil kerajaan, tetapi ia perlu lebih jelas untuk peserta pasaran menyesuaikan keputusan pelaburan mereka dengan sewajarnya, kata pakar ekonomi.

- Memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkatkan hasil kerajaan, tetapi ia perlu lebih jelas untuk peserta pasaran menyesuaikan keputusan pelaburan mereka dengan sewajarnya, kata pakar ekonomi.
- Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun wajar kerajaan mempertimbangkan semula GST kerana rejim cukai itu akan melonjakkan kutipan hasil, adalah juga penting untuk menjadikan sistem berkenaan lebih telus.
- Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli berpendapat lebih banyak kejelasan diperlukan daripada kerajaan memandangkan pemain pasaran perlu bersedia dan menyesuaikan keputusan pelaburan mereka dengan sewajarnya.
- Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata semalam, kerajaan terbuka untuk memperkenalkan semula GST sebagai salah satu strategi meluaskan asas hasil bagi mencapai kemampanan fiskal.
KUALA LUMPUR: Memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkatkan hasil kerajaan, tetapi ia perlu lebih jelas untuk peserta pasaran menyesuaikan keputusan pelaburan mereka dengan sewajarnya, kata pakar ekonomi.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun wajar untuk kerajaan mempertimbangkan semula GST kerana rejim cukai itu akan melonjakkan kutipan hasil, adalah juga penting untuk menjadikan sistem berkenaan lebih telus.
“Malah menjadikannya lebih telus adalah cara terbaik untuk menangani ekonomi bayangan, kerana semua perniagaan perlu mendaftar untuk menuntut kredit cukai input,” katanya kepada BERNAMA.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata semalam bahawa kerajaan terbuka untuk memperkenalkan semula GST sebagai salah satu strategi untuk meluaskan asas hasil bagi mencapai kemampanan fiskal.
“Kami akan bersikap terbuka dan melalui apa sahaja cara yang kami boleh untuk mencapai kemampanan fiskal menerusi asas hasil yang lebih luas, sama ada cukai keuntungan modal, GST atau sebarang bentuk cukai langsung atau tidak langsung.
“Saya lebih suka untuk memastikan strategi itu terbuka dan akan memutuskan berdasarkan kes demi kes dan tahun ke tahun,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli turut berpendapat lebih banyak kejelasan diperlukan daripada kerajaan memandangkan pemain pasaran perlu bersedia dan menyesuaikan keputusan pelaburan mereka dengan sewajarnya.
“Idea untuk memperkenalkan semula GST mungkin lebih tepat berkaitan garis masa dan reka bentuk cukai. Saya rasa ahli ekonomi dan komuniti perniagaan boleh menjangkakan perkara yang lebih baik jika ada kejelasan mengenai isu ini,” katanya.
Namun apabila ditanya mengenai kadar GST baharu yang ideal berbanding enam peratus yang dilaksanakan sebelum ini, Afzanizam dan Firdaos enggan memberi sebarang ulasan.
“Tidak pasti berapa kadarnya, tetapi ia boleh bermula dengan angka kecil dan meningkatkannya mengikut masa.
“Tetapi sekiranya dapat dilaksanakan, ia akan memberikan kelebihan bagi pentadbiran semasa,” kata Afzanizam.
Sementara itu, Firdaos berkata masih terlalu awal untuk membincangkan kadar itu buat masa ini kerana keputusan untuk memulihkan GST masih belum muktamad.
GST sebanyak enam peratus diperkenalkan pada 2015, tetapi telah dimansuhkan pada 2018 dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Sumber: Astro Awani
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular