Terkini
Garis Panduan Khas kendali kes kesalahan seksual kanak-kanak dikemas kini – Azalina
Kerajaan akan mengemas kini Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dengan menerbitkan versi baharu pada Januari 2024 depan.
- Kerajaan akan mengemas kini Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dengan menerbitkan versi baharu pada Januari 2024 depan.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia sebagai usaha berterusan untuk memastikan sistem keadilan jenayah di Malaysia kekal mengutamakan kanak-kanak.
- “Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri akan bekerjasama dengan Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) untuk tujuan berkenaan.
- “Ia dilaksanakan dengan mengambil kira cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap agensi dan memasukkan langkah-langkah khas yang diperkenalkan oleh Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023.
- “Selain itu, ia turut melibatkan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 serta pindaan undang-undang yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang,” katanya ketika sidang akhbar selepas mengadakan lawatan dan menghadiri sesi pembentangan secara tertutup di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Bukit Aman.
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengemas kini Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dengan menerbitkan versi baharu pada Januari 2024 depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia sebagai usaha berterusan untuk memastikan sistem keadilan jenayah di Malaysia kekal mengutamakan kanak-kanak.
“Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri akan bekerjasama dengan Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) untuk tujuan berkenaan.
“Ia dilaksanakan dengan mengambil kira cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap agensi dan memasukkan langkah-langkah khas yang diperkenalkan oleh Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023.
“Selain itu, ia turut melibatkan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 serta pindaan undang-undang yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mengadakan lawatan dan menghadiri sesi pembentangan secara tertutup di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Bukit Aman.
Dalam perkembangan lain, Azalina berkata, Rang undang-undang (RUU) berkaitan Suruhanjaya Kanak-Kanak akan dibentangkan di Parlimen, Oktober ini.
Beliau berkata, ia merupakan tindakan susulan kerajaan dalam usaha menjadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai badan bebas atau pemerhati kepada isu membabitkan kanak-kanak di negara ini.
“Sebenarnya ia diwujudkan di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), tapi kita nak ia wujud dengan aktanya sendiri,” katanya.
Jelasnya, suruhanjaya ini bertindak untuk memberi kesedaran dan menjadi pusat sehenti atau pusat rujukan.
“Paling terbaru isu memantau situasi kanak-kanak yang dikategorikan kanak-kanak tanpa izin, kemasukan pelarian dan pendatang asing tanpa izin (PATI) kategori kanak-kanak di mana suruhanjaya inilah yang akan menilai serta memantau.
“Terima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri yang akan mengeluarkan kanak-kanak dari pusat tahanan, tetapi apabila suruhanjaya ini wujud, ia juga akan bantu beri kefahaman tentang apa yang boleh dan tidak boleh kepada KDN.
Sumber: Kosmo
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina