Terkini
Faham dahulu kenapa saya mahu anak Islam belajar 40 hadis – Anwar
Perdana Menteri mahu masyarakat khususnya orang bukan Melayu faham mesej untuk murid Islam mengenai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi sebelum ini.

- Perdana Menteri mahu masyarakat khususnya orang bukan Melayu faham mesej untuk murid Islam mengenai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi sebelum ini.
- Jelas beliau, sesetengah pihak tidak seharusnya marah kerana ia hanya termaktub kepada murid beragama Islam dan tidak ada paksaan kepada bukan Islam mempelajarinya.
- “Mata pelajaran ini untuk anak-anak Islam dalam pengajaran Pendidikan Islam. Tanyalah dulu. Jangan marah dahulu. Saya harap mesej ini difahami,” katanya ketika berucap di program Lestari Niaga@Kuala Lumpur di Medan Selera Madani Kompleks Tun Sambantan semalam.
- Anwar sebelum ini berkata, segelintir bukan Islam di negara ini tidak perlu fobia setiap kali mendengar perkara mengenai Islam malah ia akan dilaksanakan kepada murid muslim di sekolah agama dan sekolah bantuan kerajaan.
- Untuk rekod, Kementerian Pendidikan (KPM) pada 19 Ogos lalu melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mahu masyarakat khususnya orang bukan Melayu faham mesej untuk murid Islam mengenai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi sebelum ini.
Jelas beliau, sesetengah pihak tidak seharusnya marah kerana ia hanya termaktub kepada murid beragama Islam dan tidak ada paksaan kepada bukan Islam mempelajarinya.
“Jangan paksa (bukan Islam) sebab saya minta anak-anak Islam belajar 40 hadis, jangan paksa bukan Islam.
“Mata pelajaran ini untuk anak-anak Islam dalam pengajaran Pendidikan Islam. Tanyalah dulu. Jangan marah dahulu. Saya harap mesej ini difahami,” katanya ketika berucap di program Lestari Niaga@Kuala Lumpur di Medan Selera Madani Kompleks Tun Sambantan semalam.
Anwar sebelum ini berkata, segelintir bukan Islam di negara ini tidak perlu fobia setiap kali mendengar perkara mengenai Islam malah ia akan dilaksanakan kepada murid muslim di sekolah agama dan sekolah bantuan kerajaan.
Malah kata Anwar, sebagai pemimpin adalah tanggungjawab beliau bagi memastikan pemahaman yang betul terhadap Islam.
“Ini penting untuk mereka berhujah dengan dakyah sertai parti itu masuk Islam dan tidak sertai masuk neraka. Kita kena didik orang Melayu bahawa ini adalah salah. Ini sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menggalakkan pelajar Islam untuk lebih memahami Islam “ katanya lagi.
Untuk rekod, Kementerian Pendidikan (KPM) pada 19 Ogos lalu melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.
Kontroversi tercetus apabila Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois membantah hasrat tersebut dan mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta hak kebebasan beragama.
Bagaimanapun bantahan itu kemudiannya reda selepas KPM menjelaskan modul itu akan hanya diajar kepada murid-murid Islam.
Sumber: Malaysia Gazette
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS