Antarabangsa
Dua tentera Syria terbunuh dalam serangan udara rejim Israel
Dua tentera Syria terbunuh dalam serangan udara rejim Israel pada Rabu lalu, lapor media kerajaan.

- Dua tentera Syria terbunuh dalam serangan udara rejim Israel pada Rabu lalu, lapor media kerajaan.
- “Tepat pada jam 17:22 tengah hari (13 September 2023), rejim Israel melancarkan serangan udara dari arah Laut Mediterranean, disasarkan ke beberapa tapak pertahanan udara Tartus”, lapor agensi berita SANA.
- “Pencerobohan itu menyebabkan dua tentera terbunuh dan enam lagi cedera,” kata agensi berita itu.
- Rejim Israeil berulang kali menyatakan yang ia tidak akan membenarkan musuh utamanya iaitu Iran, yang menyokong Damsyik, untuk meluaskan pengaruh mereka di wilayah konflik itu.
Dua tentera Syria terbunuh dalam serangan udara rejim Israel pada Rabu lalu, lapor media kerajaan.
“Tepat pada jam 17:22 tengah hari (13 September 2023), rejim Israel melancarkan serangan udara dari arah Laut Mediterranean, disasarkan ke beberapa tapak pertahanan udara Tartus”, lapor agensi berita SANA.
“Pencerobohan itu menyebabkan dua tentera terbunuh dan enam lagi cedera,” kata agensi berita itu.
Lebih sedekad peperangan di Syria, negara jiran Israel telah melancarkan ratusan serangan udara ke wilayah itu, dengan menyasarkan kedudukan pasukan disokong Iran, pejuang Hizbullah dan tentera Syria.
Pemerhati bagi hak asasi manusia Syria menyatakan serangan itu ditujukan ke depot senjata yang dimiliki Hizbullah.
Pemantau yang berpangkalan di Britain dengan rangkaian sumber Syria itu mengesahkan dua tentera maut dalam insiden serangan udara itu. Seorang lagi pejuang yang kewarganegaraannya tidak diketahui turut terbunuh.
Rejim Israeil berulang kali menyatakan yang ia tidak akan membenarkan musuh utamanya iaitu Iran, yang menyokong Damsyik, untuk meluaskan pengaruh mereka di wilayah konflik itu.
Sumber: The Times of India
Antarabangsa
Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

- Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
- “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
- Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
- Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
- Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.
Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.
Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.
Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.
“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.
“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.
“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular