Connect with us

Terkini

Caj DuitNow tidak bebankan golongan pendapatan rendah – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit tidak membebankan golongan berpendapatan rendah di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Caj DuitNow tidak bebankan golongan pendapatan rendah - Anwar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • “Saya berbincang dengan Gabenor BNM semalam. Mengikut dia, penjelasan yang diberikan (ialah yuran transaksi) tidak akan dikenakan kepada golongan bawahan.” -PM
  • Semalam, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan pengenaan yuran transaksi kepada vendor untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.
  •  Namun, yuran 50 sen akan dikenakan untuk urus niaga melebihi RM5,000 melibatkan pemindahan dana rakan setara (peer-to-peer) daripada QR peribadi ke QR peribadi lain, bukan pembayaran kepada peniaga.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit tidak membebankan golongan berpendapatan rendah di negara ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah bertemu dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour semalam untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

“Saya berbincang dengan Gabenor BNM semalam. Mengikut dia, penjelasan yang diberikan (ialah yuran transaksi) tidak akan dikenakan kepada golongan bawahan.

“Yang penting, tidak bebankan golongan berpendapatan rendah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pameran ‘Postnormal Times’ di KL Jazz and Arts Centre di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan pengenaan yuran transaksi kepada vendor untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Namun, yuran 50 sen akan dikenakan untuk urus niaga melebihi RM5,000 melibatkan pemindahan dana rakan setara (peer-to-peer) daripada QR peribadi ke QR peribadi lain, bukan pembayaran kepada peniaga.

Mengulas desakan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong untuk menghapuskan yuran transaksi berkenaan, Anwar berkata ia perlu ditangani BNM.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri menjelaskan pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi hanyalah pertemuan mesyuarat pasca-Kabinet mingguan biasa.

Sumber : Bernama

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending