Connect with us

Terkini

Bekalan gula tidak pernah putus semasa zaman Najib, industri tidak runtuh

Negara tidak menghadapi masalah bekalan gula terputus atau syarikat pengeluar bakal muflis walaupun harga bahan makanan itu pernah naik jauh lagi tinggi semasa zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri berbanding sekarang.

Wartawan TMT

Published

on

Bekalan gula tidak pernah putus semasa zaman Najib, industri tidak runtuh
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Negara tidak menghadapi masalah bekalan gula terputus atau syarikat pengeluar bakal muflis walaupun harga bahan makanan itu pernah naik jauh lagi tinggi semasa zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri berbanding sekarang.
  • Penganalisis politik, Lim Sian See dalam kenyataannya di Facebook berkata, Najib tidak memaksa pengeluar menjual barangan di bawah kos selama bertahun-tahun sehingga menyebabkan banyak gula tempatan diseludup ke negara-negara jiran disebabkan harganya lebih rendah.
  • Sian See mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh mengenai kemungkinan industri gula tempatan akan runtuh sekiranya struktur harga sedia ada tidak dikaji semula.
  • Beliau mencadangkan kerajaan memberi subsidi kepada gula kawalan supaya pengeluar tidak rugi dan melaksanakan langkah sama ketika zaman Najib pada 2011 hingga 2013 iaitu menghapuskan subsidi gula, menaikkan harga kawalan gula secara berperingkat, mendidik rakyat mengurangkan pengambilan gula serta menggalakkan pengeluar makanan mengurangkan penggunaan gula.

KUALA LUMPUR – Negara tidak menghadapi masalah bekalan gula terputus atau syarikat pengeluar bakal muflis walaupun harga bahan makanan itu pernah naik jauh lagi tinggi semasa zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri berbanding sekarang.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, Najib tidak memaksa pengeluar menjual barangan di bawah kos selama bertahun-tahun sehingga menyebabkan banyak gula tempatan diseludup ke negara-negara jiran disebabkan harganya yang lebih rendah.

Menurut beliau, Najib memahami bahawa gula adalah ‘racun’ kepada manusia dan melaksanakan kempen untuk mengurangkan pengambilan gula dalam negara serta dengan menaikkan harga kawalan untuk mengurangkan permintaan dan penyeludupan.

“Masa itu, pembangkang kecam dan kritik Najib dengan kuat atas langkah-langkah tersebut,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sian See mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh mengenai kemungkinan industri gula tempatan akan runtuh sekiranya struktur harga sedia ada tidak dikaji semula.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan, kerajaan perlu memberi subsidi kepada gula kawalan supaya pengeluar tidak rugi dan beroleh sedikit keuntungan.

Pada masa yang sama, Sian See berharap nilai ringgit akan pulih serta harga gula dunia, elektrik dan gas serta upah pekerja kembali menjadi murah.

Advertisement

“Tetapi memberi subsidi kepada gula adalah satu perkara yang amat janggal sebab trend seluruh dunia ialah untuk cukai gula kerana ia bahan yang langsung tiada khasiat dan membahayakan kesihatan rakyat.

“Gula sebenarnya adalah racun dan punca bagi pelbagai masalah kesihatan yang serious seperti diabetes dan obesiti. Sebab itu, rakyat Malaysia antara paling gemuk di dunia,” jelasnya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan melaksanakan langkah yang sama ketika zaman Najib pada 2011 hingga 2013 iaitu menghapuskan subsidi gula, menaikkan harga kawalan gula secara berperingkat, mendidik rakyat untuk mengurangkan pengambilan gula serta menggalakkan pengeluar makanan mengurangkan penggunaan gula.

“Biarpun geng Pakatan Harapan (PH) dan sebahagian rakyat marah Najib ketika itu sebab harga gula naik sebanyak 35 sen dari RM2.50 ke RM2.85 satu kilogram tetapi bekalan gula tidak pernah putus masa zaman Najib,” katanya.

Sian See menasihatkan kerajaan agar melakukan yang terbaik dan paling tepat bagi kebaikan jangka masa panjang rakyat dan negara.

“Jangan selalu nak populis sehingga negara dan rakyat jahanam pada masa depan,” jelasnya. 

Advertisement

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending