Connect with us

Terkini

AGC siasat dakwaan Zahid Hamidi mangsa pendakwaan terpilih

Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu menyiasat dakwaan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau mangsa pendakwaan terpilih oleh rejim kerajaan terdahulu sehingga diheret ke mahkamah secara terburu-buru dan cuai.

Wartawan TMT

Published

on

AGC siasat dakwaan Zahid Hamidi mangsa pendakwaan terpilih
Foto: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
  • Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu menyiasat dakwaan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau mangsa pendakwaan terpilih oleh rejim kerajaan terdahulu sehingga diheret ke mahkamah secara terburu-buru dan cuai.
  • Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan AGC, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar menegaskan, jabatan itu memberi jaminan akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan tidak berlaku salah laksana keadilan terhadap Timbalan Perdana Menteri.
  • Ujar beliau, isu yang dibangkitkan oleh Presiden UMNO itu menyebabkan reputasi dan nama baik jabatan tersebut dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan penyiasat, tercemar.
  • “Untuk tidak menafikan hak Ahmad Zahid dan supaya tidak berlaku salah laksana keadilan, kami percaya bahawa pertuduhan terhadapnya perlu diberhentikan buat masa ini sehinggalah siasatan yang lebih menyeluruh dan lengkap selesai,” kata Mohd Dusuki.
  • Mohd Dusuki menyatakan demikian ketika menggariskan 11 alasan bagi menyokong permohonan agar Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada kesemua 47 pertuduhan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu menyiasat dakwaan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau mangsa pendakwaan terpilih oleh rejim kerajaan terdahulu sehingga diheret ke mahkamah secara terburu-buru dan cuai.

Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan AGC, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar menegaskan, jabatan itu memberi jaminan akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan tidak berlaku salah laksana keadilan terhadap Timbalan Perdana Menteri.

Ujar beliau, isu yang dibangkitkan oleh Presiden UMNO itu menyebabkan reputasi dan nama baik jabatan tersebut dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan penyiasat, tercemar.

“Kaca mata umum menyaksikan seolah-olah AGC dan SPRM adalah institusi undang-undang yang telah diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Untuk tidak menafikan hak Ahmad Zahid dan supaya tidak berlaku salah laksana keadilan, kami percaya bahawa pertuduhan terhadapnya perlu diberhentikan buat masa ini sehinggalah siasatan yang lebih menyeluruh dan lengkap selesai,” ujarnya.

Mohd. Dusuki menyatakan demikian ketika menggariskan 11 alasan bagi menyokong permohonan agar Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada kesemua 47 pertuduhan.

Pada 10 April lalu, mahkamah diberitahu, Ahmad Zahid mengemukakan representasi kepada AGC setebal 200 muka surat mengandungi fakta dan bukti baharu dalam usaha menggugurkan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Surat representasi pertama telah dikemukakan pada Disember 2022 manakala yang terbaru dikemukakan pada Mac lalu mengandungi fakta baharu yang memerlukan siasatan menyeluruh pihak SPRM.

Menurut beliau, pihak pendakwaan perlu mengkaji keterangan saksi-saksi lain bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan lanjut terhadap bukti baharu yang dikemukakan oleh Ahmad Zahid.

Alasan itu antaranya menyentuh pengumuman Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu yang dibangkitkan dalam buku memoir tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan pendedahan berkaitan pertuduhan terhadap individu-individu tertentu.

Ujar Mohd. Dusuki, tujuan penubuhan RCI juga untuk menyiasat dakwaan berkaitan perlanggaran tanggungjawab profesional oleh pemegang-pemegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Katanya, permohonan agar perintah DNAA dikeluarkan juga bertujuan bagi menyiasat dan mengesahkan memo dalaman yang dikatakan dikeluarkan oleh AGC yang tular dalam media sosial.

Sementara itu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mengetuai pasukan pembelaan berhujah agar Ahmad Zahid dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan yang dihadapinya.

Beliau berhujah, RCI yang diumumkan oleh kerajaan itu tidak memberikan tempoh masa tertentu untuk menjalankan siasatan dan pengumuman penemuannya.

Hisyam memohon keadilan diberikan kepada anak guamnya supaya beliau dibebaskan sepenuhnya daripada kesemua pertuduhan.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) bagaimanapun menolak permohonan Hisyam, sebaliknya membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar Ahmad Zahid dikenakan perintah DNAA.

Ahmad Zahid, 70, didakwa atas 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang mana beliau adalah pengasasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending