Connect with us

Terkini

Undang-undang patuh syariah adalah doktrin Perlembagaan Persekutuan – Pakar Perlembagaan

“Dari sudut perlembagaan tidak pernah berlaku pada mana-mana masa Perlembagaan Tanah Melayu ini dimasyhurkan dan dipinda dengan meletakkan undang-undang Inggeris sebagai undang-undang tertinggi,” kata Pakar Perlembagaan, Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. 

Hanani Zulkifli

Published

on

Undang-undang patuh syariah adalah doktrin Perlembagaan Persekutuan – Pakar Perlembagaan
Foto: Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. 
  • “Dari sudut perlembagaan tidak pernah berlaku pada mana-mana masa Perlembagaan Tanah Melayu ini dimasyhurkan dan dipinda dengan meletakkan undang-undang Inggeris sebagai undang-undang tertinggi,” kata Pakar Perlembagaan, Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.
  • Wan Ahmad Fauzi yang juga pensyarah Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merujuk kepada sejarah negeri-negeri Melayu yang telah mempunyai sistem perundangan tersendiri atau undang-undang tempatan sebelum terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu. 
  • Wan Ahmad Fauzi berkata keadaan tempatan ini bersandarkan kepada sistem perundangan tempatan yang disifatkannya sebagai undang-undang Islam dan patuh syariah yang menjadi doktrin perlembagaan Tanah Melayu. 
  • Prinsip kedaulatan Westminster tidak pernah diangkat sebagai undang-undang tertinggi, bahkan penubuhan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1948-1957 hanyalah bersifat interim. Disebabkan itu juga kuasa  yang mengabsahkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah kuasa kedaulatan raja-raja,” katanya.
  • Beliau berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times pada Jumaat lalu mengulas mengenai isu kehakiman dan perundangan syariah yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini.

KUALA LUMPUR:  “Dari sudut perlembagaan tidak pernah berlaku pada mana-mana masa Perlembagaan Tanah Melayu ini dimasyhurkan dan dipinda dengan meletakkan undang-undang Inggeris sebagai undang-undang tertinggi,” kata Pakar Perlembagaan, Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. 

Wan Ahmad Fauzi yang juga pensyarah Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merujuk kepada sejarah negeri-negeri Melayu yang telah mempunyai sistem perundangan tersendiri atau undang-undang tempatan sebelum terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu. 

“Walaupun British  memperkenalkan prinsip common law dan kaedah ekuiti, ia tidak boleh diterima secara mutlak di Tanah Melayu. Perkembangan prinsip common law dan kaedah ekuiti berlaku sehingga bercanggah dengan prinsip undang-undang yang meletakkan keutamaan pada undang-undang bertulis dan keadaan tempatan  disebabkan Hakim yang tidak terlatih dengan undang-undang tempatan. 

“Perjanjian antara Raja-Raja Melayu dengan kerajaan Inggeris membataskan campur tangan dalam aspek penggubalan, doktrin nasihat tidak terpakai ke atas hal ehwal agama Islam dan adat Melayu.

“Pada hakikatnya, undang-undang Perlembagaan di Tanah Melayu memelihara kedudukan ajaran Islam, termasuk prinsip perundangannya.

“Maka tiada pun dalam mana-mana keadaan pengenalan undang-undang,  prinsip Common Law atau kaedah ekuiti ini, kita boleh terima bulat-bulat undang-undang Inggeris. Kesemuanya tertakluk kepada keadaan tempatan dan setakat yang diizinkan oleh Raja-Raja Melayu,” kata Wan Ahmad Fauzi ketika dihubungi The Merdeka Times pada Jumaat lalu mengulas isu kehakiman dan perundangan syariah yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini. 

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fauzi berkata keadaan tempatan ini bersandarkan kepada sistem perundangan tempatan yang disifatkannya sebagai undang-undang Islam dan patuh syariah yang menjadi doktrin perlembagaan Tanah Melayu. 

“Perlembagaan Tanah Melayu ada dua bentuk moden dan bentuk lama.  Bentuk tradisional ini macam hukum kanun Melaka, hukum kanun Pahang.

“Pada 1 Februari 1948, mula dimasyhurkan  undang-undang tubuh kerajaan negeri dalam bentuk moden yang masih mengekalkan prinsip kedaulatan watan berlandaskan ajaran Islam dalam bentuk tadbir urus moden. Bezanya Terengganu dan Johor lebih awal menerima  bentuk perlembagaan moden, yang mengasingkannya daripada selain undang-undang perlembagaan.

“Prinsip kedaulatan Westminster tidak pernah diangkat sebagai undang-undang tertinggi, bahkan penubuhan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1948-1957 hanyalah bersifat interim. Disebabkan itu juga kuasa  yang mengabsahkan penubuhan  Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah kuasa kedaulatan raja-raja,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan mengatakan undang-undang syariah merupakan undang-undang kelas kedua kerana pada hakikatnya ia adalah undang-undang utama negara Malaysia.  

“Oleh sebab itu, kita tak boleh terima konotasi mahkamah kehakiman persekutuan adalah mahkamah bukan Islam dan Parlimen bebas menggubal undang-undang yang bercanggah dengan prinsip syariah, sebaliknya, mahkamah kehakiman persekutuan dan mahkamah syariah, kedua-duanya hanya berbeza bidang kuasa tetapi wajib mendaulatkan prinsip patuh syariah,” kata Wan Ahmad Fauzi. 

Peguam, Lukman Sheriff Alias pada 2 Ogos lalu dilaporkan sebagai berkata, Mahkamah Persekutuan akan mendengar cabaran terhadap undang-undang jenayah syariah Kelantan yang bakal meruntuhkan undang-undang jenayah syariah negeri lain dalam masa sebulan dua ini, sekaligus menyaksikan cadangan supaya pindaan perlembagaan dilakukan dengan segera oleh beberapa pihak. 

Mengulas cadangan itu, Wan Ahmad Fauzi berkata cadangan pindaan itu perlu diperjelas supaya tujuannya tidak bercanggah dengan peruntukan perlembagaan lain dari aspek undang-undang awam yang ditadbir oleh mahkamah kehakiman persekutuan dengan  dengan undang-undang peribadi orang Islam yang dikekalkan di bawah mahkamah syariah. 

Katanya lagi, perlu juga dipastikan tidak berlaku  pembicaraan dua kali atas kesalahan yang sama sehingga mewujudkan sistem kehakiman negara yang bersifat dualisme. 

Jesteru, beliau mencadangkan supaya hakim-hakim di mahkamah persekutuan diberi pendedahan kepada prinsip perundangan Islam yang menjadi doktrin sistem kehakiman Malaysia bagi memperkasakan kembali perundangan syariah. – The Merdeka Times

Author

Terkini

(VIDEO) Isu ‘politik bodoh’ tiada kaitan Perkara 153, Menteri Kesihatan & KPT selesai segera isu ‘Parallel Pathway’ ! – KJ

Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan (kiri), Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (tengah bawah), Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Zambry Abdul Kadir (tengah atas) dan Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kanan).
  • Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.
  • KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
  • So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .
  • “UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.
  • Media sebelum ini melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
  • Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR — Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.

KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .

“UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya. 

We want to settle a very specific problem so menteri kesihatan, menteri pengajian tinggi, ketua pengarah kesihatan this problem has gone on long enough (masalah ini telah berlarutan cukup lama) dan dia dah menjadi masalah percakapan dan juga perdebatan yang bodoh yang sekarang ini melibatkan benda yang sepatutnya tak dilibatkan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan sebagainya.

“Selesaikanlah isu ini, I mean you are the ministers, you are the director general of health for god’s sake, get it done, (Maksud saya, anda adalah menteri, anda adalah ketua pengarah kesihatan demi tuhan, selesaikan isu ini),” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.

Portal berita kesihatan CodeBlue pada April lalu melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Memetik laporan Malaysiakini, difahamkan pada 20 Mac lalu terdapat empat graduan yang menjalankan program latihan ijazah lanjutan kepakaran bersama Royal College of Surgeons Edinburgh dalam pembedahan kardiotoraks memfailkan permohonan semakan kehakiman bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia adalah untuk mencabar keputusan MMC yang menolak permohonan graduan terbabit pada 21 Disember lalu untuk berdaftar di Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR).

MMC dikatakan menolak pendaftaran mereka kerana kelulusan Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS Ed) tidak diiktiraf. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending