Connect with us

Terkini

UMNO jamin tidak akan sokong pihak gugat Melayu, Islam

UMNO tidak akan menyokong mana-mana pihak atau apa-apa perkara yang dilihat mampu menggugat atau memberi ancaman kepada agama Islam dan bangsa Melayu.

Wartawan TMT

Published

on

UMNO jamin tidak akan sokong pihak gugat Melayu, Islam
Foto: Gambar Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menyampaikan ceramah di Wisma UMNO Palong 2, Jempol.
  • UMNO tidak akan menyokong mana-mana pihak atau apa-apa perkara yang dilihat mampu menggugat atau memberi ancaman kepada agama Islam dan bangsa Melayu.
  • Jaminan itu diberikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut menegaskan tiada apa yang perlu dibimbangkan dalam soal itu kerana apa juga perubahan dasar di negara ini ia perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu.
  • “Saya boleh jamin jika ada apa-apa yang akan menggugat agama, bangsa, dia tidak akan kami (UMNO) sokong dalam Kabinet. Ini semua momokan, dakyah mengelirukan kita… modal perkauman, agama,” katanya.
  • Beliau berkata demikian pada program Ceramah Bersama Timbalan Presiden UMNO di Wisma UMNO, Palong 2, di sini hari ini.

JEMPOL: UMNO tidak akan menyokong mana-mana pihak atau apa-apa perkara yang dilihat mampu menggugat atau memberi ancaman kepada agama Islam dan bangsa Melayu.

Jaminan itu diberikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut menegaskan tiada apa yang perlu dibimbangkan dalam soal itu kerana apa juga perubahan dasar di negara ini ia perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu.

“Adakah orang Melayu terancam, penjawat awam berstatus kontrak yang dibuang kerja semasa lapan bulan ini? tidak ada, jangan risau. Sebelum apa-apa mahu dilakukan kepada perubahan sebarang dasar ataupun rang undang-undang mesti dapat kelulusan Kabinet.

“Saya boleh jamin jika ada apa-apa yang akan menggugat agama, bangsa, dia tidak akan kami (UMNO) sokong dalam Kabinet. Ini semua momokan, dakyah mengelirukan kita… modal perkauman, agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Ceramah Bersama Timbalan Presiden UMNO di Wisma UMNO, Palong 2, di sini hari ini.

Turut hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN menegaskan lagi, UMNO dan BN memilih bersama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan adalah bagi mengurus negara dan demi masa depan negara.

“Tidak benar mengatakan UMNO menggadai maruah, kami tidak menggadai maruah,” tegasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending