Connect with us

Terkini

Tindakan afirmatif harus dilanjutkan daripada berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan – PM

Dasar tindakan afirmatif harus dilanjutkan daripada berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

Tindakan afirmatif harus dilanjutkan daripada berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Dasar tindakan afirmatif harus dilanjutkan daripada berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Dalam satu wawancara eksklusif dengan “The CNBC Conversation” Jumaat lepas (18 Ogos), Anwar berkata jika dasar itu dilihat terlalu menumpukan kepada kaum, ia akan menimbulkan kemarahan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat.
  • “Ia bukannya isu untuk memansuhkan (hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera) , ia adalah isu yang menumpukan kepada bidang yang penting untuk mereka. Kami tidak boleh bercakap mengenai meritokrasi tulen antara pedalaman Sarawak kepada sekolah-sekolah utama di Kuala Lumpur.
  • “Saya fikir hujah sama diguna pakai (kepada dasar tindakan afirmatif). Jika anda tumpukan kepada isu keperluan, keadilan dan kesaksamaan maka kami boleh meneruskan dengan dasar tindakan afirmatif ini,” katanya kepada pengacara Martin Soong ketika mengulas mengenai hak keistimewaan orang Melayu.

KUALA LUMPUR — Dasar tindakan afirmatif harus dilanjutkan daripada berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan “The CNBC Conversation” Jumaat lepas (18 Ogos), Anwar berkata jika dasar itu dilihat terlalu menumpukan kepada kaum, ia akan menimbulkan kemarahan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

“Ia bukannya isu untuk memansuhkan (hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera) , ia adalah isu yang menumpukan kepada bidang yang penting untuk mereka. Kami tidak boleh bercakap mengenai meritokrasi tulen antara pedalaman Sarawak kepada sekolah-sekolah utama di Kuala Lumpur.

“Saya fikir hujah sama diguna pakai (kepada dasar tindakan afirmatif). Jika anda tumpukan kepada isu keperluan, keadilan dan kesaksamaan maka kami boleh meneruskan dengan dasar tindakan afirmatif ini,” katanya kepada pengacara Martin Soong ketika mengulas mengenai hak keistimewaan orang Melayu.

Mengambil contoh kepada Dasar Ekonomi Baharu yang diperkenalkan kerajaan sebelumnya, Perdana Menteri berkata kritikan yang sering dilemparkan kepada dasar itu ialah ia digunakan oleh rejim sebelum ini untuk mengkayakan anak-anak dan keluarga mereka.

“Saya perlu untuk menoktahkan amalan ini … jika dasar ini sebagai contoh untuk menghasilkan  usahawan baharu, untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk mereka yang tidak berkemampuan, maka ia merupakan sesuatu yang pada minda saya bukan sahaja  munasabah tetapi ia sangat mustahak,” katanya. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending