Connect with us

Antarabangsa

Ribuan penduduk Papua berdepan kebuluran akibat kemarau

Pihak berkuasa Indonesia akan menghantar bantuan ke kawasan pedalaman di wilayah timur Papua, selepas ribuan penduduknya berdepan kebuluran akibat musim kemarau luar biasa.

Wartawan TMT

Published

on

Ribuan penduduk Papua berdepan kebuluran akibat kemarau
Foto: Pihak berkuasa Indonesia akan menghantar bekalan makanan kepada penduduk Papua pada minggu ini.
  • Pihak berkuasa Indonesia akan menghantar bantuan ke kawasan pedalaman di wilayah timur Papua, selepas ribuan penduduknya berdepan kebuluran akibat musim kemarau luar biasa.
  • Sekurang-kurangnya enam maut sejak Jun lalu di daerah Puncak di Papua Tengah akibat musim sejuk yang kemudiannya diikuti musim kemarau sehingga menjejaskan hasil tanaman.
  • Pihak berkuasa memaklumkan, akses ke wilayah itu berdepan kesukaran akibat bentuk muka bumi yang mencabar, selain ancaman kumpulan pemisah bersenjata.
  • Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Suharyanto berkata, pihak berkuasa akan menghantar bekalan makanan, susu dan keperluan asas yang lain kepada penduduk di wilayah itu menggunakan helikopter.
  • Katanya, empat orang mati kebuluran di wilayah yang sama pada tahun lalu.

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia akan menghantar bantuan ke kawasan pedalaman di wilayah timur Papua, selepas ribuan penduduknya berdepan kebuluran akibat musim kemarau luar biasa.

Sekurang-kurangnya enam maut sejak Jun lalu di daerah Puncak di Papua Tengah akibat musim sejuk yang kemudiannya diikuti musim kemarau sehingga menjejaskan hasil tanaman.

Pihak berkuasa memaklumkan, akses ke wilayah itu berdepan kesukaran akibat bentuk muka bumi yang mencabar, selain ancaman kumpulan pemisah bersenjata.

Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Suharyanto berkata, pihak berkuasa akan menghantar bekalan makanan, susu dan keperluan asas yang lain kepada penduduk di wilayah itu menggunakan helikopter.

Terdahulu, Suharyanto dalam sidang akhbar memaklumkan penduduk Puncak berdepan musim kemarau setiap tahun, namun keadaan lebih luar biasa direkodkan pada tahun ini sehingga ada yang mati kebuluran.

Katanya, empat orang mati kebuluran di wilayah yang sama pada tahun lalu.

Dalam pada itu, situasi penduduk Puncak turut mendapat perhatian Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang mengarahkan supaya pihak berkaitan memberikan bantuan segera.

Puncak terletak berhampiran gunung tertinggi di Indonesia dan merupakan satu daripada kawasan yang merekodkan hujan salji.

Biarpun kaya dengan emas, tembaga, timah dan gas asli, Papua masih menjadi satu daripada wilayah termiskin di Indonesia.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending