Connect with us

Terkini

PRK: Blok ketiga diwakili NGO perlu ada dalam Dewan Rakyat 

Rakyat Malaysia khususnya pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di sini perlu beri peluang kepada wakil rakyat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersuara di dalam Dewan Rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

PRK: Blok ketiga diwakili NGO perlu ada dalam Dewan Rakyat 
Foto: Suhaizan Kaiat, PH (kiri), Samsudin Muhamad Fauzi, Bebas (tengah), & Zulkifli Jaafar, PN (kanan).
  • Rakyat Malaysia khususnya pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di sini perlu beri peluang kepada wakil rakyat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersuara di dalam Dewan Rakyat.
  • Calon bebas bagi PRK Parlimen Pulai, Samsudin Mohamad Fauzi berkata, hal itu kerana blok kerajaan dan blok pembangkang mengamalkan politik tradisional, menyebabkan terdapat keperluan blok ketiga mewakili rakyat.
  • Sehubungan itu katanya, blok wakil rakyat yang bebas dan terdiri daripada wakil-wakil NGO boleh melakukan tugas semak dan imbang secara lebih efektif.
  • “Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya juga berasa bosan dengan ahli politik yang sibuk berebut jawatan dan kedudukan sama ada mereka daripada blok kerajaan atau pembangkang,” katanya kepada pemberita.

JOHOR BAHRU – Rakyat Malaysia khususnya pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di sini perlu beri peluang kepada wakil rakyat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersuara di dalam Dewan Rakyat.

Calon bebas bagi PRK Parlimen Pulai, Samsudin Mohamad Fauzi berkata, hal itu kerana blok kerajaan dan blok pembangkang mengamalkan politik tradisional, menyebabkan terdapat keperluan blok ketiga mewakili rakyat.

Sehubungan itu katanya, blok wakil rakyat yang bebas dan terdiri daripada wakil-wakil NGO boleh melakukan tugas semak dan imbang secara lebih efektif.

“Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya juga berasa bosan dengan ahli politik yang sibuk berebut jawatan dan kedudukan sama ada mereka daripada blok kerajaan atau pembangkang.

“Semua itu dilakukan ahli politik sedangkan pada waktu ini terlalu banyak isu-isu pengguna yang menekan kehidupan rakyat termasuklah penduduk yang menetap di kawasan Pulai ini, dan suara mereka berhak diangkat ke Parlimen,” katanya kepada pemberita.

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending