Connect with us

Terkini

PAS sekarang bukan ‘asli’, kata Anwar

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PAS kini bukanlah ‘asli’ seperti dahulu yang memperjuangkan Islam sebagai dasar utama parti itu.

Wartawan TMT

Published

on

PAS sekarang bukan ‘asli’, kata Anwar
Foto: Gambar Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PAS kini bukanlah ‘asli’ seperti dahulu yang memperjuangkan Islam sebagai dasar utama parti itu.
  • Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata PAS kini sudah ‘bercampur’ bukan sahaja dengan BERSATU malah GERAKAN yang sebelum ini mencabar undang-undang hudud.
  • “Sekarang ini (GERAKAN) rakan PAS… (dahulu) GERAKAN bawa usul (cabar hudud) ke mahkamah, dia melawan PAS.
  • “Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan PAS, kena ingat dan yang teruknya, dia ambil GERAKAN, kita kawan dengan DAP, dia marah,” katanya ketika menyampaikan ceramah di kawasan Dewan Undangan Negeri Chetok dekat sini malam ini.

PASIR MAS — Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PAS kini bukanlah ‘asli’ seperti dahulu yang memperjuangkan Islam sebagai dasar utama parti itu.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata PAS kini sudah ‘bercampur’ bukan sahaja dengan BERSATU malah GERAKAN yang sebelum ini mencabar undang-undang hudud.

“Sekarang ini (GERAKAN) rakan PAS… (dahulu) GERAKAN bawa usul (cabar hudud) ke mahkamah, dia melawan PAS.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan PAS, kena ingat dan yang teruknya, dia ambil GERAKAN, kita kawan dengan DAP, dia marah,” katanya ketika menyampaikan ceramah di kawasan Dewan Undangan Negeri Chetok dekat sini malam ini.

Beliau berkata PN turut meletakkan 20 calon GERAKAN termasuk di kawasan Melayu di Pulau Pinang.

Anwar juga berkata PAS menuduh gabungan PH-Barisan Nasional (BN) mengkhianati Islam sedangkan Kerajaan Perpaduan telah menyalurkan pelbagai peruntukan untuk pembangunan agama itu.

Justeru, beliau meminta pengundi terutama golongan muda berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat pilihan pada 12 Ogos ini.

Sesi ceramah malam ini dihadiri lebih 2,000 orang meskipun hujan lebat dan mereka tidak berganjak walaupun kawasan di mana ia berlangsung digenangi air.

Sementara itu, ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di kawasan Dewan Undangan Negeri  Kota Lama, Perdana Menteri berkata Kerajaan Perpaduan lebih memikirkan penyelesaian masalah dihadapi rakyat seperti isu kemiskinan tegar.

“Kita tidak izinkan mana-mana menteri mengambil saham, kontrak kerajaan atau sakau duit rakyat, jika ada, mereka akan dibuang keluar.

Kita kena ada perasaan dan hati nurani untuk bantu dan selesaikan segala masalah yang membabitkan rakyat,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau turut mengarahkan kementerian dan agensi terlibat untuk segera menyelesaikan masalah kerosakan tandas di sekolah dan klinik daif di seluruh negara. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

AS veto resolusi PBB tuntut gencatan senjata segera Gaza

Amerika Syarikat (AS) memveto usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibentang Algeria menggesa “gencatan senjata segera” di Gaza.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield.
  • Amerika Syarikat (AS) memveto usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibentang Algeria menggesa “gencatan senjata segera” di Gaza.
  • Washington memveto cadangan PBB itu yang menuntut gencatan senjata segera dan pembebasan “tanpa syarat” semua tebusan yang diculik ketika serangan 7 Oktober lalu.
  • Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menggelar undian itu “penuh harapan dan tidak bertanggungjawab”.
  • Hamas berkata veto AS itu menyamai satu tindakan memberi “lampu hijau” bagi Israel untuk melakukan lebih banyak pembunuhan.
  • Veto itu mencetuskan kritikan terhadap Washington, bukan sahaja dari China dan Russia yang menolak sokongan tegas AS untuk Israel, tetapi juga dari sekutu AS termasuk Perancis, Malta dan Slovenia.

Amerika Syarikat (AS) memveto usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibentang Algeria menggesa “gencatan senjata segera” di Gaza.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Washington memveto cadangan PBB itu yang menuntut gencatan senjata segera dan pembebasan “tanpa syarat” semua tebusan yang diculik ketika serangan 7 Oktober lalu.

Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menggelar undian itu “penuh harapan dan tidak bertanggungjawab”.

Hamas berkata veto AS itu menyamai satu tindakan memberi “lampu hijau” bagi Israel untuk melakukan lebih banyak pembunuhan.

Veto itu mencetuskan kritikan terhadap Washington, bukan sahaja dari China dan Russia yang menolak sokongan tegas AS untuk Israel, tetapi juga dari sekutu AS termasuk Perancis, Malta dan Slovenia.

AS memegang rekod berterusan menggunakan kuasa vetonya untuk melindungi Israel daripada pertanggungjawaban, iaitu sejak Israel ditubuhkan pada 1948 melalui kempen pembersihan etnik, yang dipanggil rakyat Palestin sebagai Nakba.

Menurut analisis Al Jazeera dipetik Truthout, AS telah menolak 34 daripada 36 resolusi PBB berkaitan dengan Palestin. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending