Connect with us

Terkini

Najib mohon perbicaraan 1MDB dibatal, diri dilepas dan dibebaskan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan agar perbicaraan penyelewengan dana RM2.28 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berjalan selama 167 hari dibatalkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Najib mohon perbicaraan 1MDB dibatal, diri dilepas dan dibebaskan
Foto: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (dalam persalinan sut coklat).
  • Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan agar perbicaraan penyelewengan dana RM2.28 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berjalan selama 167 hari dibatalkan.
  • Bekas Presiden UMNO itu juga memohon agar dirinya dilepaskan dan dibebaskan atas 25 pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan dan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
  • Perkara itu dimaklumkan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika kes dipanggil pagi ini untuk sambung bicara di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
  • “Rentetan daripada pendedahan Yang Arif kira-kira dua minggu lalu, kami mendapat arahan daripada anak guam kami untuk memfailkan permohonan agar Yang Arif menarik diri daripada terus mendengar, memutuskan dan membuat penghakiman mengenai kes ini,” ujar peguam itu.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan agar perbicaraan penyelewengan dana RM2.28 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berjalan selama 167 hari dibatalkan.

Selain itu, bekas Presiden UMNO itu juga memohon agar dirinya dilepaskan dan dibebaskan atas 25 pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan dan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika kes dipanggil pagi ini untuk sambung bicara di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

“Rentetan daripada pendedahan Yang Arif kira-kira dua minggu lalu, kami mendapat arahan daripada anak guam kami untuk memfailkan permohonan agar Yang Arif menarik diri daripada terus mendengar, memutuskan dan membuat penghakiman mengenai kes ini,” ujar peguam itu.

Tambahnya, sekiranya mahkamah membenarkan permohonan menarik diri itu, terdapat tiga pilihan yang boleh dibuat oleh mahkamah.

“Kalau permohonan ini dibenarkan, Yang Arif perlu membatalkan perbicaraan ini serta Datuk Seri Najib dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.

“Sekiranya permohonan ini dibenarkan, Yang Arif boleh mengarahkan agar kes ini dibicarakan semula (de novo) di hadapan hakim baharu.

“Selain itu, mahkamah boleh mengarahkan agar perbicaraan pada peringkat ini diteruskan di hadapan hakim baharu,” kata Muhammad Shafee.

Pada 26 Julai lalu, Hakim Sequerah mendedahkan bahawa beliau pernah bekerja di firma guaman yang sama dengan bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan.

Jasmine dikatakan salah seorang sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang turut terbabit dalam skandal kewangan 1MDB, dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki.

Prosiding kini diteruskan dengan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyambung keterangannya di peringkat pemeriksaan utama.

Sumber: Utusan Malaysia

Author