Connect with us

Terkini

Modul Hadis 40 Imam Nawawi tangani gejala radikal, ekstremisme dalam masyarakat

Penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi yang akan diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) penting serta signifikan untuk menangani gejala radikalisme dan ekstremisme dalam masyarakat.

Wartawan TMT

Published

on

Modul Hadis 40 Imam Nawawi tangani gejala radikal, ekstremisme dalam masyarakat
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bersama dengan 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pelbagai latar belakang masyarakat semalam.
  • Penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi yang akan diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) penting serta signifikan untuk menangani gejala radikalisme dan ekstremisme dalam masyarakat.
  • Pejabat Menteri Pendidikan berkata, kementerian itu komited melaksanakan inisiatif berkenaan kerana ia akan memberi impak positif serta gambaran sebenar mengenai nilai-nilai kesejagatan Islam serta pengamalannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
  • Dalam kenyataannya hari ini, Pejabat Menteri Pendidikan itu sekali lagi menegaskan inisiatif penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi hanya melibatkan guru dan murid beragama Islam sahaja.

KUALA LUMPUR – Penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi yang akan diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) penting serta signifikan untuk menangani gejala radikalisme dan ekstremisme dalam masyarakat.

Pejabat Menteri Pendidikan berkata, kementerian itu komited untuk melaksanakan inisiatif penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi kerana ia akan memberi impak positif serta gambaran sebenar mengenai nilai-nilai kesejagatan Islam serta pengamalannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Dalam kenyataannya hari ini, Pejabat Menteri Pendidikan itu sekali lagi menegaskan inisiatif penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi hanya melibatkan guru dan murid beragama Islam sahaja.

Projek rintis itu melibatkan guru dan murid beragama Islam di SMKA dan SABK serta dikembangkan ke sekolah-sekolah dan kelas daripada mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja.

Pelaksanaan inisiatif penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi juga tidak akan melibatkan murid bukan Islam.

Tambahnya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah menganjurkan pertemuan dengan 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pelbagai latar belakang masyarakat semalam, antara lain membincangkan inisiatif Penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi, pelaksanaannya dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pendidikan negara.

Mereka ialah Angkatan Belia Islam Malaysia, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Federation of Taoist Associations Malaysia, Christian Federation of Malaysia, Malaysian Buddhist Association, Malaysia Hindu Sangam, Malaysian Gurdwaras Council dan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia.

Turut serta, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tamil Foundation (TMF), Persatuan Aliran Kesedaran Negara, Allied Coordinating Committee of Islamic NGO, Friendship Group for Inter-religious Service, Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia, Centre for Malaysian Chinese Studies, LLG Cultural Development Centre dan Professor Dr. Mohd. Tajuddin Mohd. Rasdi.

Pertemuan berlangsung dalam suasana muhibah, mencerminkan keterbukaan, kesepakatan dan komitmen semua pihak dalam membina Malaysia Madani berdasarkan kepada formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.

Tambahnya, sesi pertemuan seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menyampaikan maklumat tepat mengenai inisiatif-inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ruang dialog juga dibuka seluasnya selaras dengan salah satu teras utama KPM iaitu untuk memperkasa komunikasi antara kementerian dengan setiap pemegang taruh.

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Terkini

Isu penukaran agama sepihak: Apakah kesan kemenangan kes Dahlia Dhaima?

Kekusutan dan kerisauan rentetan kes Indira Gandhi sedikit sebanyak ‘diperbaiki’ kes Dahlia Dhaima di mana pada 3 Mei lalu menyaksikan Mahkamah Persekutuan menolak usahanya yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak selepas dilakukan ibunya, seorang mualaf.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Haniff Khatri Abdulla.
  • Kekusutan dan kerisauan rentetan kes Indira Gandhi sedikit sebanyak ‘diperbaiki’ kes Dahlia Dhaima di mana pada 3 Mei lalu menyaksikan Mahkamah Persekutuan menolak usahanya yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak selepas dilakukan ibunya, seorang mualaf.
  • Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata susulan keputusan itu semua pihak tidak lagi tertekan atau terikat dengan kesahihan sijil pengislaman atau mualaf semata-mata, sebaliknya wajib melihat cara hidup individu tersebut selepas seseorang individu itu diislamkan untuk menentukan sama ada dia Muslim atau tidak.
  • Haniff menjelaskan kes Dahlia Dhaima bukan mematahkan terus kes Indira Gandhi kerana ia masih wujud, sebaliknya Dahlia Dhaima merupakan ‘fine tuning’ iaitu melonggarkan dengan cara paling halus apa diputuskan dalam Indira Gandhi yang mengatakan perlu mengambil kira sijil mualaf sahaja sama ada sah atau tidak dalam isu pertikaian pemelukan agama, khususnya anak-anak bawah umur.
  • Haniff menegaskan sekiranya selepas ini pihak berkuasa ditampilkan dengan mana-mana kes baru di mana seseorang itu mengatakan kononnya ibu atau bapa mengislamkan dia ketika di bawah umur.
  • Kemudiannya, bertahun selepas itu individu terbabit ke Mahkamah Sivil mengatakan dia bukan Islam, ataupun dia membuat permohonan di Mahkamah Syariah mengatakan hendak keluar Islam, maka pihak berkuasa wajib menyiasat latar belakang individu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kekusutan dan kerisauan rentetan kes Indira Gandhi sedikit sebanyak ‘diperbaiki’ kes Dahlia Dhaima di mana pada 3 Mei lalu menyaksikan Mahkamah Persekutuan menolak usahanya yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak selepas dilakukan ibunya, seorang mualaf.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata susulan keputusan itu semua pihak tidak lagi tertekan atau terikat dengan kesahihan sijil pengislaman atau mualaf semata-mata, sebaliknya wajib melihat cara hidup individu tersebut selepas seseorang individu itu diislamkan untuk menentukan sama ada dia Muslim atau tidak.

Haniff menjelaskan kes Dahlia Dhaima bukan mematahkan terus kes Indira Gandhi kerana ia masih wujud, sebaliknya Dahlia Dhaima merupakan ‘fine tuning’ iaitu melonggarkan dengan cara paling halus apa diputuskan dalam Indira Gandhi yang mengatakan perlu mengambil kira sijil mualaf sahaja sama ada sah atau tidak dalam isu pertikaian pemelukan agama, khususnya anak-anak bawah umur.

“Kesan kes Dahlia Dhaima kepada rentetan undang-undang diumumkan mahkamah tertinggi Malaysia (Mahkamah Persekutuan) berhubung pengislaman anak-anak bawah umur adalah seperti berikut;  pertama (kes) Dahlia Dhaima ada mengatakan sama ada sijil (mualaf) itu sah atau tidak sah tidak menjadi isu pokok, ingat tadi kita dah sentuh mengikut undang-undang 1952 sijil itu memang tak sah sebab mana-mana ibu atau bapa pun tidak boleh mengislamkan (anak) bawah umur so sijil itu tak sah.

“Tapi (kes) Dahlia Dhaima yang pertama mengatakan kita tak boleh tengok sijil sahaja, kita kena tengok apa diumumkan dalam kes Rosliza (kes terdahulu) kita tak boleh berhenti dekat (kes) Indira Gandhi.

“(kes) Rosliza kata kita kena tengok keseluruhan fakta kehidupan anak tersebut sehingga dia datang mahkamah sama ada indentiti dia itu adalah Muslim ab initio Muslim daripada awal atau tidak kalau kita yakin daripada fakta bukan sahaja sijil tak sah tapi pengislaman atau kehidupan dia pun bukan Islam daripada awal barulah Mahkamah Sivil boleh dengar (kes) ini barulah dia bukan Islam ab initio dari awal.

“Tapi kalau sijil tak sah pun tapi cara kehidupan dia menunjukkan, menampilkan sama ada melalui perwatakan melalui kenyataan perbuatan dia kepada orang ramai bahawa dia Muslim, maka Mahkamah Sivil tidak boleh dengar (kes itu) sebab itu bidang kuasa Mahkamah Syariah pula, ini kesan penting (Dahlia Dhamia),” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Pejabat Haniff Khatri, Petaling Jaya pada Jumaat.

Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi pada 2018 memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan sebelum anak dilahirkan dalam perkahwinan sivil boleh memeluk agama Islam dan sekiranya sijil pengislaman tidak sah maka dia bukan Muslim.

Ia bermula apabila guru tadika M Indira Ghandi mencabar pengeluaran sijil penukaran agama susulan bekas suaminya seorang mualaf membuat penukaran agama Islam secara unilateral terhadap ketiga-tiga anak mereka.

Kes itu juga menyaksikan sejak 2018 isu tentang pertikaian pemelukan agama, khususnya anak-anak bawah umur, merujuk kes Indira Gandhi yang memutuskan sekiranya sijil-sijil mualaf ataupun proses mahupun prosedur pengislaman anak-anak itu tidak dituruti mengikut seksyen-seksyen enakmen tertentu, maka sijil itu boleh atau diisytiharkan sebagai tidak sah.

Manakala kes Rosliza pula adalah membabitkan dia yang dilahirkan di luar nikah, berbapakan seorang Muslim dan ibu penganut agama Buddha serta berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 2021 untuk diisytiharkan sebagai bukan Muslim selepas mengakui sejak dari asal bukan Islam.

Dalam kes Rosliza, Mahkamah Persekutuan membuat satu pengumuman kedudukan undang-undang di mana kita kena melihat identiti seseorang individu itu sama ada sejak awal dia Islam atau tidak (ab initio), sekiranya ada individu terbabit datang ke mahkamah sivil dan mengatakan kononnya dia bukan Islam.

Mengulas lanjut kes Dahlia Dhaima, Haniff menegaskan sekiranya selepas ini pihak berkuasa ditampilkan dengan mana-mana kes baru di mana seseorang itu mengatakan kononnya ibu atau bapa mengislamkan dia ketika di bawah umur.

Kemudiannya, bertahun selepas itu individu terbabit ke Mahkamah Sivil mengatakan dia bukan Islam, ataupun dia membuat permohonan di Mahkamah Syariah mengatakan hendak keluar Islam, maka pihak berkuasa wajib menyiasat latar belakang individu terbabit.

“Saya syorkan kepada pihak berkuasa kalau ditampilkan mana-mana kes baru selepas ini tak semestinya di Selangor di mana-mana negeri di mana seseorang itu mengatakan ouhh kononnya, ‘Ibu atau bapa mengislamkan saya tapi saya tak ikut pun Islam maka kalau ikut Indira Gandhi sijil (pengislaman) saya tak sah sebab seorang sahaja pelukan (mengislamkan) saya’.

“Baik… tapi ikut (kes terdahulu) Rosliza ikut (kes terdahulu) Dahlia Dhaima sekarang ini kita kena tengok latar belakang awak so kami nak siasat kami nak tanya awak macam mana dari umur 7 tahun di sekolah sampai sekolah menengah pembawakan awak dengan kawan-kawan awak? Masa awak pergi kerja adakah awak balik awal juga untuk buka puasa? Atau ambil cuti lebih untuk tujuan cuti raya dan perkara-perkara ini tertakluk kepada fakta.

“Tapi apa saya nak sampaikan adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk menyelia dan mengambil peri penting perkara ini untuk disiasat jangan tolak tepi ja perkara ini tak buat kerja dan dengan cara itu barulah kita dapat menyelenggarakan urus tadbir konsep Islam dan pengislaman dengan cara lebih teratur.

“Itu adalah kesan bagi saya yang kita boleh ambil keuntungan daripada kes Dahlia Dhaima dan perbetulkan sistem tadbir urus di pihak berkuasa,” kata Haniff yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perundangan. 

Untuk rekod, Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi dalam hierarki badan kehakiman sivil negara, sekiranya satu kes itu telah sampai ke Mahkamah Persekutuan, tidak ada lagi rayuan boleh dibuat kepada mana-mana pihak lain. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending