Terkini
Kerajaan Perpaduan tidak pinggirkan Kelantan – PM
Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan Kelantan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan Kelantan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata berdasarkan fakta, Kelantan sebenarnya merupakan negeri yang menerima peruntukan tertinggi daripada kerajaan Persekutuan.
- “Malah, semua pandangan dan cadangan yang penting daripada kerajaan negeri seperti tebatan banjir, isu air dan pembangunan negeri, saya terima dan komited untuk selesaikan.
- “Ini pandangan (Kelantan dipinggir) tak ikut fakta, malah saya nak ulang, peruntukan kerajaan (kepada Kelantan) sekarang lebih banyak daripada sewaktu PAS dan BERSATU dalam kerajaan, itu cukup (sebagai bukti) … semasa dia (PAS) dalam kerajaan sibuk soal lain,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-36 di sini hari ini.
KUALA LUMPUR — Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan Kelantan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata berdasarkan fakta, Kelantan sebenarnya merupakan negeri yang menerima peruntukan tertinggi daripada kerajaan Persekutuan.
“Malah, semua pandangan dan cadangan yang penting daripada kerajaan negeri seperti tebatan banjir, isu air dan pembangunan negeri, saya terima dan komited untuk selesaikan.
“Ini pandangan (Kelantan dipinggir) tak ikut fakta, malah saya nak ulang, peruntukan kerajaan (kepada Kelantan) sekarang lebih banyak daripada sewaktu PAS dan BERSATU dalam kerajaan, itu cukup (sebagai bukti) … semasa dia (PAS) dalam kerajaan sibuk soal lain,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-36 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media mengenai dakwaan Penolong Setiausaha Agung PAS Mohd Syahir Sulaiman dalam sesi debatnya bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli malam tadi, bahawa negeri itu tidak pernah merasai nikmat ‘federalisme’ akibat pimpinan negeri berbeza dengan persekutuan.
Anwar berkata kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS, termasuk pemimpin muda seperti Syahir, seharusnya lebih berani membetulkan masalah dalaman selain memberi cadangan yang baik untuk pembangunan negeri itu.
Sementara itu, mengulas laporan media mengenai keputusan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P. Ramasamy melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengumumkan keluar daripada parti itu hari ini, Pengerusi PH itu berkata beliau akan mendapatkan pandangan sebenar Ramasamy berkenaan keputusannya itu.
“Dia sahabat saya, saya akan dapatkan pandangan dia, dia faham desakan dan keadaan kita… mungkin ada beberapa masalah khususnya parti (DAP).
“Tapi saya harap dia (masih) main peranan konstruktif membantu kerajaan dengan pendekatan MADANI ini,” katanya.
Media hari ini melaporkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai itu sudah mengutus surat bagi tujuan melepaskan jawatannya kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, masing-masing pada pukul 8.24 dan 8.25 pagi ini. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS