Connect with us

Terkini

Kerajaan digesa tunai janji naik gaji penjawat awam – CUEPACS

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menunaikan janji menaikkan gaji kira-kira 1.6 juta penjawat awam melalui Belanjawan Madani 2024 pada Oktober ini walaupun keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Wartawan TMT

Published

on

Awam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menunaikan janji menaikkan gaji kira-kira 1.6 juta penjawat awam melalui Belanjawan Madani 2024 pada Oktober ini walaupun keputusan PRN, Sabtu lalu tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).   
  • Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, kenaikkan gaji buat sementara waktu sebelum kenaikan berkala bagi setiap 10 tahun diselesaikan tahun depan seperti dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum PRN lalu.
  • Pihak Cuepacs yakin kerajaan mampu meningkatkan gaji penjawat awam setelah keputusan tersebut diumumkan sebelum ini.
  • “Untuk melaksanakannya (kenaikan gaji) walaupun keputusan pilihan raya negeri, sama ada dilihat positif atau negatif, itu tajuk (perkara) yang lain. Bagi penjawat awam, tajuk kami ialah majikan adalah kerajaan, kerajaan adalah majikan kami,” katanya.

KUALA TERENGGANU: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menunaikan janji menaikkan gaji kira-kira 1.6 juta penjawat awam melalui Belanjawan Madani 2024 pada Oktober ini walaupun keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).   

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, kenaikkan gaji buat sementara waktu sebelum kenaikan berkala bagi setiap 10 tahun diselesaikan tahun depan seperti yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum PRN lalu.

Menurutnya, pihak Cuepacs yakin kerajaan mampu meningkatkan gaji penjawat awam setelah keputusan tersebut diumumkan sebelum ini.

“Untuk melaksanakannya (kenaikan gaji) walaupun keputusan pilihan raya negeri, sama ada dilihat positif atau negatif, itu tajuk (perkara) yang lain. Bagi penjawat awam, tajuk kami ialah majikan adalah kerajaan, kerajaan adalah majikan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2023 di sini, hari ini.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menaikkan gaji kira-kira 1.6 juta penjawat awam dalam amaun kecil buat sementara waktu melalui Belanjawan Madani 2024 sebelum kenaikan berkala bagi setiap 10 tahun diselesaikan selewat-lewatnya tahun depan.

Beliau berkata, gaji penjawat awam yang menjadi tunjang utama kerajaan itu sepatutnya telah dinaikkan dua tahun lalu, namun kerajaan ketika itu tidak melaksanakannya termasuk melakukan kajian mengenai skim gaji dan persaraan golongan itu.

Adnan berkata, beliau juga menyelar tindakan segelintir pihak yang berpandangan kerajaan tidak perlu menaikkan gaji penjawat awam berikutan keputusan PRN tersebut.

Menurutnya, kerajaan tidak wajar mengikut pandangan serong dan tidak berperlembagaan  pihak terbabit  kerana kerajaan merupakan majikan penjawat awam.

“Kenyataan itu satu pandangan serong, satu pandangan yang tidak berperlembagaan kerana sebagai anggota penjawat awam, kita telah menjalankan tugas kita,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending