Connect with us

Antarabangsa

Kanak-kanak pra-sekolah empat tahun didedahkan kepada buku LGBT

Tindakan petugas pra-sekolah di England bertindak menunjukkan buku mengenai gay (lelaki atau wanita homoseksual) bertajuk ‘Grandad’s Pride’ kepada kanak-kanak berumur empat tahun menimbulkan kecaman ibu bapa di tadika terbabit.

A.R. Khan

Published

on

Kanak-kanak pra-sekolah empat tahun didedahkan kepada buku LGBT
Foto: Buku ‘Grandad’s Pride’ (kiri) dan ibu bapa kepada kanak-kanak di sekolah terbabit (kanan).
  • Tindakan petugas pra-sekolah di England bertindak menunjukkan buku mengenai gay (lelaki atau wanita homoseksual) bertajuk ‘Grandad’s Pride’ kepada kanak-kanak berumur empat tahun menimbulkan kecaman ibu bapa di tadika terbabit.
  • Buku itu antara lain memaparkan ilustrasi seorang lelaki transgender cacat disebabkan pembedahan bersama seorang lelaki tua berpakaian menonjolkan unsur fetisisme.
  • Kebimbangan tercetus apabila ibu-bapa pelajar Genesis Preschool di Hull, England, mendapat tahu tentang perkara itu dan salah seorang bapa pelajar mendapati buku itu mengandungi ilustrasi lelaki separuh bogel memakai ‘pakaian dalam jenis kulit bondage’.
  • “Kebimbangan utama yang memerlukan perhatian segera adalah kanak-kanak telah didedahkan dengan sekurang-kurangnya dua imej seksual atau erotik seorang lelaki yang tidak sesuai usia, menampilkan unsur-unsur ‘perhambaan / fetisisme / BDSM’,” kata Will Taylor kepada media tempatan dipetik RT.
  • Pihak sekolah menyatakan kanak-kanak tidak memahami gambar-gambar itu dan tidak akan tahu bahawa ia berbentuk seksual atau erotika.

Tindakan petugas pra-sekolah di England bertindak menunjukkan buku mengenai gay (lelaki atau wanita homoseksual) bertajuk ‘Grandad’s Pride’ kepada kanak-kanak berumur empat tahun menimbulkan kecaman ibu bapa di tadika terbabit.

Buku itu antara lain memaparkan ilustrasi seorang lelaki transgender cacat disebabkan pembedahan bersama seorang lelaki tua berpakaian menonjolkan unsur fetisisme.

Kebimbangan tercetus apabila ibu-bapa pelajar Genesis Preschool di Hull, England, mendapat tahu tentang perkara itu dan salah seorang bapa pelajar mendapati buku itu mengandungi ilustrasi lelaki separuh bogel memakai ‘pakaian dalam jenis kulit bondage’.

“Kebimbangan utama yang memerlukan perhatian segera adalah kanak-kanak telah didedahkan dengan sekurang-kurangnya dua imej seksual atau erotik seorang lelaki yang tidak sesuai usia, menampilkan unsur-unsur ‘perhambaan / fetisisme / BDSM’,” kata Will Taylor kepada media tempatan dipetik RT.

Taylor berkata dia menghubungi  pihak sekolah dengan harapan mereka akan memohon maaf, tetapi sebaliknya berlaku apabila pihak terbabit bertindak mempertahankan tindakan kakitangannya itu.

Pihak sekolah menyatakan kanak-kanak tidak memahami gambar-gambar itu dan tidak akan tahu bahawa ia berbentuk seksual atau erotika.

Memandangkan sekolah membuat keputusan untuk tidak mengeluarkan buku itu dari sekolah, Taylor dan isterinya nekad mengeluarkan anak perempuan mereka dari sekolah itu.

Buku yang diterbitkan pada awal tahun itu mendorong ibu-bapa untuk berkongsi di media sosial mengenai kandungan dan saranan umur pembaca buku itu yang ditetapkan dari empat hingga lapan tahun.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending