Connect with us

Terkini

Isu REE Kedah: SPRM teliti keterangan baharu sebelum panggil Sanusi 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan terdapat keterangan baharu berhubung isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) yang masih dalam siasatan pihak tersebut.

Wartawan TMT

Published

on

Isu REE Kedah: SPRM teliti keterangan baharu sebelum panggil Sanusi 
Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan terdapat keterangan baharu berhubung isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) yang masih dalam siasatan pihak tersebut.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, keterangan baharu itu akan dilihat dan diteliti oleh pegawai SPRM.
  • “Sebab itu apabila soalan timbul (iaitu) bila nak panggil Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor), ia masih lagi ditangguhkan kerana kita perlu lihat kepada keterangan baharu,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 27 Bil 2/2022 (Penguasa P41) di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan terdapat keterangan baharu berhubung isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) yang masih dalam siasatan pihak tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, keterangan baharu itu akan dilihat dan diteliti oleh pegawai SPRM.

“Kalau bertanya tentang REE di Kedah ni, ia masih tindakan siasatan. Saya ingin maklumkan terdapat keterangan baharu untuk pegawai penyiasat saya melihat perkara itu dan menyiasatnya.

“Sebab itu apabila soalan timbul (iaitu) bila nak panggil Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor), ia masih lagi ditangguhkan kerana kita perlu lihat kepada keterangan baharu,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 27 Bil 2/2022 (Penguasa P41) di sini hari ini.

Sebelum ini, SPRM telah menahan tiga individu termasuk seorang pegawai kanan di Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa sektor perlombongan berjumlah lebih RM13 juta.

Dalam masa sama, 12 saksi juga telah diambil keterangan oleh SPRM bagi siasatan kes tersebut.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending