Connect with us

Terkini

Hadi, kamu faham ke Perlembagaan Malaysia? – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa akan ada perubahan Kerajaan Persekutuan jika Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Wartawan TMT

Published

on

 Hadi, kamu faham ke Perlembagaan Malaysia? – Anwar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa akan ada perubahan Kerajaan Persekutuan jika Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN).
  • “Saya tanya Hadi, kamu faham ke Perlembagaan Malaysia? Yang menentukan kedudukan Putrajaya adalah ahli parlimen, malah parti Sabah dan Sarawak juga menyatakan sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani di Tanah Merah, di sini, malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Terdahulu, Abdul Hadi dilapor berkata, untuk memastikan perubahan kerajaan berlaku, penting untuk rakyat mencerminkan sokongan dengan memberi kemenangan kepada calon PN yang bertanding pada Sabtu ini.

Tanah Merah – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa akan ada perubahan Kerajaan Persekutuan jika Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya tanya Hadi, kamu faham ke Perlembagaan Malaysia? Yang menentukan kedudukan Putrajaya adalah ahli parlimen, malah parti Sabah dan Sarawak juga menyatakan sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan.

“Tidak salah Pas mahu meroyan. Biarkan dia meroyan, namun saya nak tanya kamu nak memerintah buat apa? Masalah air di Kelantan pun tidak selesai, sedangkan saya yang baru beberapa bulan sudah meluluskan dengan segera RM500 juta untuk masalah air di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani di Tanah Merah, di sini, malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Abdul Hadi dilapor berkata, untuk memastikan perubahan kerajaan berlaku, penting untuk rakyat mencerminkan sokongan dengan memberi kemenangan kepada calon PN yang bertanding pada Sabtu ini.

Sebelum ini media melaporkan, parti Sabah dan Sarawak yang bersama Kerajaan Perpaduan ketika ini tetap memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Anwar untuk kekal mentadbir negara selepas PRN.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick dilaporkan berkata, dakwaan kononnya terdapat cubaan bersama pihak tertentu untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan tidak timbul sama sekali meskipun enam negeri tewas dalam PRN 12 Ogos ini.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Aktivis wanita Kristian Sweden bakar al-Quran sambil pegang salib

Seorang aktivis wanita Kristian mengadakan acara pembakaran al-Quran di ibu negara Sweden, lapor media berita Turkiye A Haber di platform X semalam.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Aktivis wanita Kristian, Jade Sandberg.

Seorang aktivis wanita Kristian mengadakan acara pembakaran al-Quran di ibu negara Sweden, lapor media berita Turkiye A Haber di platform X semalam.

RT memetik media itu melaporkan kejadian tersebut berlaku pada 26 April di Stockholm.

Video disiarkan dalam talian itu memaparkan individu yang dikenali sebagai Jade Sandberg, 48, dilihat membakar kitab suci umat Islam sambil melambai-lambai salib di depannya sambil menjerit “Islam keluar dari Sweden!”.

Acara itu dipercayai mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan kerana pegawai polis di lokasi kejadian dilihat tidak cuba menghalangnya.

Sandberg juga menyiarkan rakaman dan gambar demonstrasinya di akaun X-nya sendiri di mana dia mendakwa dirinya sebagai “pendeta, pengusir setan, ahli demonolog,” serta “aktivis dan pejuang salib menentang agama syaitan Islam”.

Pembakaran al-Quran dilakukannya pada minggu ini merupakan sekurang-kurangnya yang kedua untuk tahun ini.

Banyak protes seperti itu berlaku di seluruh Sweden sejak 2023 apabila ahli politik sayap kanan Denmark, Rasmus Paludan yang memegang kewarganegaraan Sweden, membakar kitab agama Islam itu di hadapan Kedutaan Turkiye pada Januari 2023.

Pihak berkuasa Sweden mengecam tindakan sedemikian tetapi masih membenarkan mereka meneruskannya kerana memetik undang-undang negara yang menjamin hak kebebasan bersuara. 

Di bawah Akta Ketenteraman Awam negara, seseorang itu mesti memohon permit daripada polis untuk mengadakan protes, tetapi permintaan hanya boleh ditolak atas alasan keselamatan.

Awal bulan ini, saluran televisyen Sweden SVT melaporkan polis menerima satu lagi permintaan untuk mengadakan demonstrasi membakar al-Quran pada 3 Mei kelak.

Stockholm berkata tahun lalu ia merancang untuk meminda Akta Ketenteraman Awam bagi mengelakkan insiden pembakaran al-Quran pada masa hadapan. 

RT melaporkan penggubal undang-undang Sweden dijangka memuktamadkan semakan terhadap draf undang-undang itu menjelang awal musim panas. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending