Connect with us

Terkini

Ekonomi digital wujud peluang pekerjaan luas – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil melihat kerangka digitalisasi dalam Ekonomi MADANI dapat mewujudkan peluang pekerjaan luas kerana ia merangkumi pelbagai sektor antaranya pengaturcaraan, keselamatan siber dan e-dagang. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ekonomi digital wujud peluang pekerjaan luas – Fahmi Fadzil
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil melihat kerangka digitalisasi dalam Ekonomi MADANI dapat mewujudkan peluang pekerjaan luas kerana ia merangkumi pelbagai sektor antaranya pengaturcaraan, keselamatan siber dan e-dagang. 
  • Beliau menjangkakan antara 500,000 peluang pekerjaan itu sudah pasti terdapat dalam tiga sektor itu kerana perkembangan teknologi kini memerlukan penekanan kepada semua aspek berkenaan.
  • “Saya lihat satu daripada sektor yang sekarang ini kecil tapi akan berkembang pesat ialah keselamatan siber, kerana tidak berguna sekiranya kita mempunyai ekonomi digital yang rancak tapi tidak selamat dan keselamatan siber ini sangat memainkan peranan penting pada masa hadapan.
  • “Selain itu, saya juga lihat sektor e-dagang akan terus memainkan peranan yang penting dan mereka yang terlibat sama ada mereka yang mengusahakan platform-platform ini ataupun terlibat aktif dalam perniagaan secara e-dagang mungkin juga akan mewujudkan peluang pekerjaan yang lain,” katanya pada program Naratif Khas-Bersama Menteri Fahmi Fadzil “Ekonomi MADANI: Kerangka Digitalisasi” di Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam.

KUALA LUMPUR — Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil melihat kerangka digitalisasi dalam Ekonomi MADANI dapat mewujudkan peluang pekerjaan luas kerana ia merangkumi pelbagai sektor antaranya pengaturcaraan, keselamatan siber dan e-dagang. 

Fahmi berkata beliau menjangkakan antara 500,000 peluang pekerjaan itu sudah pasti terdapat dalam tiga sektor itu kerana perkembangan teknologi kini memerlukan penekanan kepada semua aspek berkenaan.

“Saya lihat satu daripada sektor yang sekarang ini kecil tapi akan berkembang pesat ialah keselamatan siber, kerana tidak berguna sekiranya kita mempunyai ekonomi digital yang rancak tapi tidak selamat dan keselamatan siber ini sangat memainkan peranan penting pada masa hadapan.

“Selain itu, saya juga lihat sektor e-dagang akan terus memainkan peranan yang penting dan mereka yang terlibat sama ada mereka yang mengusahakan platform-platform ini ataupun terlibat aktif dalam perniagaan secara e-dagang mungkin juga akan mewujudkan peluang pekerjaan yang lain,” katanya pada program Naratif Khas-Bersama Menteri Fahmi Fadzil “Ekonomi MADANI: Kerangka Digitalisasi” di Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam.

Mengulas lanjut Fahmi berkata di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital terdapat 911 pusat ekonomi digital yang berfungsi dan rata-rata usahawan-usahawan datang mendapatkan perkhidmatan serta belajar cara memasarkan produk mereka.

“Melalui bermacam-macam platform ini kita lihat peningkatan pendapatan kepada dua ke lima kali ganda. Jadi ia bukan hanya pekerjaan yang dapat dihasilkan secara langsung tapi pendapatan kita secara masa nyata boleh dipertingkat sekiranya kita tahu manfaat ekonomi digital dan bagaimana kita boleh terlibat dalam ekonomi digital sekarang,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, antara hasrat Ekonomi MADANI  yang ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dengan menekankan tentang konsep penghiliran atau “downstreaming” dan dengan itu penyediaan peluang pekerjaan yang berkemahiran itu lebih tinggi.

“Oleh itu, saya lihat sektor ekonomi digital memang mampu memainkan peranan itu dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada negara ini,” katanya. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *