Terkini
Duta Palestin seru rakyat Malaysia bantu isu keamanan, keselamatan di Al-Quds
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali menyeru rakyat Malaysia supaya sentiasa memberikan penumpuan kepada isu utama di Palestin iaitu mengembalikan keamanan dan keselamatan di Al-Quds.

- Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali seru rakyat Malaysia sentiasa menumpukan kepada isu utama di Palestin iaitu mengembalikan keamanan dan keselamatan di Al-Quds.
- “Dalam hubungan ini, isu-isu sektarian seperti politik dalaman yang melibatkan para penduduk Palestin, tidak wajar menjadikan umat Islam terkeliru dalam membela serta mempertahankan nasib umat Palestin yang sedang berhadapan dengan situasi mencabar,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini (20 Ogos).
- Walid seru masyarakat Malaysia salurkan sumbangan kepada Palestin melalui saluran rasmi seperti Wisma Putra bagi memastikan rakyat di negara itu terima manfaatnya.
- Menurut kenyataan itu, Walid mempersembahkan perkara berkenaan kepada Pemangku Raja Perlis Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam (19 Ogos) bersempena dengan kunjungan beliau ke negeri itu.
KANGAR – Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali menyeru rakyat Malaysia supaya sentiasa memberikan penumpuan kepada isu utama di Palestin iaitu mengembalikan keamanan dan keselamatan di Al-Quds.
“Dalam hubungan ini, isu-isu sektarian seperti politik dalaman yang melibatkan para penduduk Palestin, tidak wajar menjadikan umat Islam terkeliru dalam membela serta mempertahankan nasib umat Palestin yang sedang berhadapan dengan situasi mencabar,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) semalam.
Walid juga menyeru agar masyarakat Malaysia menyalurkan sumbangan kepada Palestin melalui saluran rasmi seperti Wisma Putra bagi memastikan rakyat di negara itu menerima manfaatnya.
Menurut kenyataan itu, Walid mempersembahkan perkara berkenaan kepada Pemangku Raja Perlis Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam (19 Ogos) bersempena dengan kunjungan beliau ke negeri itu.
Berangkat sama ke majlis itu ialah anakanda Pemangku Raja, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Sumber: Bernama
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini23 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak