Connect with us

Terkini

Bersihkan agama daripada kekotoran politik untuk angkat martabat Islam – Pakar

Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan Islam sebagai agama Persekutuan terus dimartabatkan perlu mencakupi usaha pembersihan imej agama berkenaan daripada kaca mata politik.

Wartawan TMT

Published

on

Bersihkan agama daripada kekotoran politik untuk angkat martabat Islam - Pakar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan Islam sebagai agama Persekutuan terus dimartabatkan perlu mencakupi usaha pembersihan imej agama berkenaan daripada kaca mata politik.
  • Mudir Akademi Pemikiran Turath al-Mustanir Penggerak Du’at Falah Malaysia Ahmad Faiz Mohd Khalil berkata usaha pembersihan itu antara perkara utama perlu dilakukan sekiranya mahu melihat agama Islam dipandang tinggi dan dihormati agama lain.
  • “Justeru dalam usaha kita mengangkat martabat agama, utamanya perlu kita memurnikan imej agama Islam kepada masyarakat lain di negara ini, betulkan persepsi yang salah, tunjukkan imej agama yang ideal, Islam yang bebas daripada mana-mana pihak berkepentingan,” katanya kepada Bernama.
  • Ahmad Faiz berkata hakikat politik yang dianjurkan di dalam Islam bukanlah bersifat kepartian, sebaliknya lebih tertumpu kepada pentadbiran yang dapat memelihara kebajikan dan kemaslahatan rakyat serta negara.

KUALA LUMPUR – Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan Islam sebagai agama Persekutuan terus dimartabatkan perlu mencakupi usaha pembersihan imej agama berkenaan daripada kaca mata politik.

Mudir Akademi Pemikiran Turath al-Mustanir Penggerak Du’at Falah Malaysia Ahmad Faiz Mohd Khalil berkata usaha pembersihan itu antara perkara utama yang perlu dilakukan sekiranya mahu melihat agama Islam bukan sahaja dipandang tinggi, malah dihormati agama lain.

Beliau berkata ia kerana kemurnian agama Islam di negara ini sudah lama terpalit dengan aktiviti politik kepartian yang tidak sepatutnya sehingga ada kefahaman yang membawa perpecahan dalam kalangan masyarakat, sekali gus memburukkan imej Islam.

“Justeru dalam usaha kita mengangkat martabat agama, utamanya perlu kita memurnikan imej agama Islam kepada masyarakat lain di negara ini, betulkan persepsi yang salah, tunjukkan imej agama yang ideal, Islam yang bebas daripada mana-mana pihak berkepentingan,” katanya kepada Bernama.

Sabtu lepas, Anwar menyatakan komitmen akan memastikan Islam sebagai agama Persekutuan terus dimartabatkan selain menyediakan peruntukan mencukupi bagi penganjuran program latihan dan pemahaman Islam malah beliau memberi jaminan bahawa setiap hak warganegara bukan Islam kekal terpelihara serta mendapat keselesaan hidup.

Mengulas lanjut, Ahmad Faiz berkata hakikat politik yang dianjurkan di dalam Islam bukanlah bersifat kepartian, sebaliknya lebih tertumpu kepada pentadbiran yang dapat memelihara kebajikan dan kemaslahatan rakyat serta negara.

Beliau berkata la termasuk keperluan melantik pemimpin Muslim berintegriti dan kompeten selain membangun satu dasar negara yang meraikan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama mahupun taraf sosial.

“Apa yang berlaku sekarang, ada yang berpolitik dengan konsep ‘Machiavelli, yakni menundukkan lawan dengan apa saja helah yang ada sehingga mengetepikan nilai akhlak malah menjadikan parti dan kumpulannya pemilik Islam yang mutlak.

“Kemudian melabel pula orang lain dengan perkataan-perkataan yang keji, ini contoh politik yang perlu kita asingkan daripada agama, perbuatan sesetengah kumpulan melakukan perbuatan ini kemudian membungkusnya dengan bungkusan agama akan merosakkan imej Islam yang mulia sebagai satu agama Allah yang suci dan sempurna,” katanya.

Ahmad Faiz berkata kenyataan perdana menteri untuk memartabatkan agama Islam juga merupakan satu bukti jelas bagi menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, terancam di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Ia juga satu isyarat membuktikan bahawa tidak ada sebarang campur tangan daripada pihak luar terhadap pentadbiran Kerajaan Persekutuan terutama melibatkan hal ehwal agama Islam,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Faiz berharap perdana menteri dapat mempergiat usaha dan inisiatif membawa ulama-ulama besar luar negara ke Malaysia bagi siri muzakarah bersama golongan ilmuwan di negara ini.

Sementara itu, pakar agama daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abu Hafiz Salleh Hudin memberi saranan kepada Kerajaan Perpaduan supaya memberi fokus pada pemurnian kefahaman Islam serta melawan kefahaman ekstremisme, dalam usaha memartabatkan agama berkenaan dan menjamin kebajikan golongan bukan Islam.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Qur’an dan Sunnah, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan itu berkata kerajaan perlu menolak kewujudan unsur agama atau beragama secara melampau. 

“Mengambil tindakan undang-undang terhadap ekstremisme agama tidak mencukupi tanpa melawan dan memurnikan gaya fahaman melampau dalam beragama sama ada dalam kalangan agamawan, pemimpin mahupun rakyat biasa,” katanya kepada Bernama.

Ditanya sama ada akta berkaitan kesalahan jenayah syariah sedia ada perlu ditambah baik dalam memartabatkan agama Islam, Abu Hafiz berkata sistem Mahkamah Syariah seperti kepakaran hakim, pendakwaan serta siasatan jenayah syariah perlu diperkasakan sebelum ia dapat dilaksanakan.

“Peningkatan tahap hukuman jenayah syariah akan gagal mencapai objektif utama sekiranya perkara teknikal berkaitan kehakiman di Mahkamah Syariah tidak diberikan perhatian terlebih dahulu atau setara dengan Mahkamah Sivil,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending