Connect with us

Terkini

Anthony Loke jamin tiada tukaran tanah milik kerajaan kepada swasta

Kerajaan memberi jaminan tiada pertukaran hak milik tanah termasuk menggunakan kaedah tukaran tanah (land swap) kepada pihak swasta, ketika kerajaan menawarkan mereka untuk membangunkan tanah secara komersial.

Wartawan TMT

Published

on

Anthony Loke jamin tiada tukaran tanah milik kerajaan kepada swasta
Foto: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
  • Kerajaan memberi jaminan tiada pertukaran hak milik tanah termasuk menggunakan kaedah tukaran tanah (land swap) kepada pihak swasta, ketika kerajaan menawarkan mereka untuk membangunkan tanah secara komersial.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, terdapat banyak lagi kaedah lebih menguntungkan kerajaan seperti menyewakan tanah pada tempoh munasabah yang boleh memberi keuntungan kepada pemaju dan kerajaan.
  • Katanya, jika ada rancangan untuk melakukan tukaran tanah kerajaan, ia bagaimanapun tertakluk dengan keputusan di peringkat Jemaah Menteri.
  • “Tukaran tanah ini mestilah melalui Kabinet. Tanah-tanah ini apabila dibangunkan, ada yang kerajaan sewa dan ada yang kita bangunkan untuk dijual. Jika dijual kepada pembeli dan pulangannya haruslah kepada kerajaan. Sudah tentu saham kepada kerajaan itu mesti diterjaminkan,” katanya.
  • Beliau berkata demikian selepas hadir ke majlis perasmian pameran hartanah Perbadanan Aset Keretapi (RAC) 2023 dan majlis menandatangani perjanjian bagi pembinaan stesen kereta api Segambut 2, antara RAC dengan pemain industri hartanah, IDP Industrial Development Sdn. Bhd.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan tiada pertukaran hak milik tanah termasuk menggunakan kaedah tukaran tanah (land swap) kepada pihak swasta, ketika kerajaan menawarkan mereka untuk membangunkan tanah secara komersial.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, terdapat banyak lagi kaedah yang lebih menguntungkan kerajaan seperti menyewakan tanah pada tempoh munasabah yang boleh memberi keuntungan kepada pemaju dan kerajaan.

Katanya, jika ada rancangan untuk melakukan tukaran tanah kerajaan, ia bagaimanapun tertakluk dengan keputusan di peringkat Jemaah Menteri.

“Tukaran tanah ini mestilah melalui Kabinet. Tanah-tanah ini apabila dibangunkan, ada yang kerajaan sewa dan ada yang kita bangunkan untuk dijual. Jika dijual kepada pembeli dan pulangannya haruslah kepada kerajaan. Sudah tentu saham kepada kerajaan itu mesti diterjaminkan.

“Selain itu, ada juga tanah-tanah yang kerajaan tidak jual, tetapi disewakan sahaja. Umpamanya di stesen Kuala Lumpur. Tanah itu tidak dijual, sebab itu stesen warisan yang kerajaan tidak akan jual sama sekali.

“Jadi, pihak swasta melabur kita beri dia satu tempoh sewa munasabah, supaya pihak swasta boleh melabur dan menjana keuntungan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke majlis perasmian pameran hartanah Perbadanan Aset Keretapi (RAC) 2023 dan majlis menandatangani perjanjian bagi pembinaan stesen kereta api Segambut 2, antara RAC dengan pemain industri hartanah, IDP Industrial Development Sdn. Bhd.

RAC dan IDP Industrial Development dalam kenyataan bersama semalam berkata, stesen kereta api itu dijadual siap pada November 2025 selain diyakini memberi peluang kepada penghuni dan kawasan berhampiran memilih rel sebagai mod pengangkutan utama.

RAC turut menawarkan 10 tapak tanah kereta api yang berpotensi tinggi dengan keluasan keseluruhan berjumlah 369.452 ekar untuk dibangunkan, bernilai RM2.056 bilion dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar sekitar RM26.194 bilion.

Tawaran itu diberi sempena penganjuran Pameran Hartanah RAC 2023 dan telah berjaya mengumpul hampir 40 pemaju dan pemain industri hartanah terkemuka.

Katanya, kesemua tapak kereta api itu terletak di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perlis dan Kelantan dengan lima daripada 10 tapak itu berada di dalam jajaran kereta api yang tersedia.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending