Connect with us

Terkini

TVET tahfiz akan diperluas di seluruh institusi MARA – Asyraf Wajdi

Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Wartawan TMT

Published

on

TVET tahfiz akan diperluas di seluruh institusi MARA – Asyraf Wajdi
Foto: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
  • Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif itu akan turut membabitkan lulusan tahfiz yang tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Langkah itu diambil selaras saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Menurut Asyraf Wajdi, inisiatif berkenaan pernah digagaskan melalui Dasar Tahfiz Negara, ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.
  • “Namun tergendala seketika waktu Pakatan Harapan (PH) memerintah. Dan kini apabila Barisan Nasional (BN) menjadi sebahagian daripada kerajaan, Timbalan Perdana Menteri lancarkan Dasar Tahfiz Negara 2.0.
  • “Ia bagi melahirkan 125,000 Huffaz Profesional,” tambahnya.

KUALA LUMPUR – Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif itu akan turut membabitkan lulusan tahfiz yang tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Langkah itu kata beliau, diambil selaras dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Insya-Allah Program TVET Tahfiz akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan MARA.

“Bagi lulusan tahfiz yang tiada SPM pun boleh mohon GiatMARA Tahfiz,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, pada Ahad.

Menurut Asyraf Wajdi lagi, inisiatif berkenaan juga pernah digagaskan melalui Dasar Tahfiz Negara, ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

“Namun tergendala seketika waktu Pakatan Harapan (PH) memerintah. Dan kini apabila Barisan Nasional (BN) menjadi sebahagian daripada kerajaan, Timbalan Perdana Menteri lancarkan Dasar Tahfiz Negara 2.0.

Advertisement

“Ia bagi melahirkan 125,000 Huffaz Profesional,” tambahnya.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO baru-baru ini dilaporkan berkata, kerajaan berhasrat mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) supaya setaraf dengan SPM bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran pemegang sijil berkenaan.

Selain SKM, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, beberapa perubahan dasar dirancang bertujuan memperkasakan sektor TVET di negara ini. 

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Advertisement

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending