Connect with us

Antarabangsa

Tiada jualan alkohol di lokasi Sukan Olimpik Paris 2024 kecuali untuk VIP

Tiada jualan alkohol untuk pengunjung Olimpik Paris 2024 kecuali mereka berstatus VIP, lapor USA Today.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada jualan alkohol di lokasi Sukan Olimpik Paris 2024 kecuali untuk VIP
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tiada jualan alkohol untuk pengunjung Olimpik Paris 2024 kecuali mereka berstatus VIP.
  • Jurucakap Paris 2024 mengesahkan perkara tersebut dalam kenyataan pada Selasa minggu lalu yang menjelaskan larangan minuman keras itu adalah berasaskan kepada undang-undang Evin.
  • Undang-undang tahun 1991 yang berkaitan dengan jualan dan pengiklanan alkohol itu akan digunakan bagi melarang minuman keras di temasya Olimpik Paris 2024 kelak.
  • Undang-undang Perancis itu melarang penjualan atau pengedaran alkohol di “stadium, bilik pendidikan jasmani dan gimnasium” termasuk mana-mana sahaja tempat berkaitan sukan.
  • Larangan minuman alkohol ketika berlangsungnya pertandingan itu menyerupai tindakan Qatar di Piala Dunia lalu, hanya memberi kebenaran penjualan di tempat-tempat tertentu sahaja.

Tiada jualan alkohol untuk pengunjung Olimpik Paris 2024 kecuali mereka berstatus VIP, lapor USA Today.

Jurucakap Paris 2024 mengesahkan perkara tersebut dalam kenyataan pada Selasa minggu lalu yang menjelaskan larangan minuman keras itu adalah berasaskan kepada undang-undang Evin.

Undang-undang tahun 1991 yang berkaitan dengan jualan dan pengiklanan alkohol itu akan digunakan bagi melarang minuman keras di temasya Olimpik Paris 2024 kelak.

Undang-undang Perancis itu melarang penjualan atau pengedaran alkohol di “stadium, bilik pendidikan jasmani dan gimnasium” termasuk mana-mana sahaja tempat berkaitan sukan.

Bagaimanapun, penetapan peraturan baharu itu tidak tertakluk kepada kawasan yang menyediakan  kemudahan hospitaliti di kebanyakan suites VIP.

“Paris 2024 tidak meminta pengecualian daripada undang-undang ini,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan kepada USA Today Sports. 

Akhbar Perancis Le Parisien antara mereka yang pertama melaporkan berita itu pada Isnin minggu lalu.

Advertisement

Larangan minuman alkohol ketika berlangsungnya pertandingan itu menyerupai tindakan Qatar di Piala Dunia lalu, hanya memberi kebenaran penjualan di tempat-tempat tertentu sahaja.

Sumber: USA TODAY

Author

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending