Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) ‘Terdesak’ diterima peminat LGBTQ, Adele memakaikan dirinya bendera Pride

Sebuah video tular di media sosial menampilkan penyanyi pop terkenal, Adele memakaikan dirinya dengan bendera Pride dalam persembahannya di British Summer Time Festival pada tahun lalu.

A.R. Khan

Published

on

‘Terdesak’ diterima peminat LGBTQ, Adele memakaikan dirinya bendera Pride
Foto: Adele bersama bendera LGBTQ.

Sebuah video tular di media sosial menampilkan penyanyi pop terkenal, Adele memakaikan dirinya dengan bendera Pride dalam persembahannya di British Summer Time Festival pada tahun lalu.

Bendera simbol pergerakan kelompok songsang LGBTQ itu dilihat ‘terdesak’ dipakaikan penyanyi terkenal itu sambil menyanyikan lagu ‘When We Were Young.’

Setelah mempersembahkan lagu ‘Hello’, ‘I Drink Wine dan I’ll Be Waiting’, Adele memberitahu penontonnya, “selamat merayakan Pride, saya menguraikan rambut saya hari ini untuk cuba kelihatan sedikit pondan”.

Konsert tahun lalu itu adalah sempena ulang tahun perayaan himpunan Pride pertama di United Kingdom (UK) yang ke-50.

Video persembahan Adele bersama bendera LGBTQ yang dimuat naik pengguna ke platform Instagram menerima pelbagai reaksi netizen dengan sebahagian mereka kecewa dengan tindakan penyanyi terkenal itu.

Walaupun peminat pro-LGBTQ berbangga dengan aksi Adele memperagakan bendera kelompok songsang itu, sebahagian peminat ternyata kecewa dengan penampilannya bersolidariti bersama kelompok LGBTQ.

“Saya mencintai suaramu, saya mencintai lagumu tetapi malangnya, sekarang saya delete semuanya. Mengecewakan!,” kata seorang peminat Adele.

Foto: Komentar peminat-peminat yang kecewa dan tidak bersetuju dengannya di Instagram.

Mengakhiri persembahannya malam itu, Adele berkata “I love coming home, I can’t wait to come back proper, I’m getting a bit emotional. Happy happy Pride.”

Dikagumi dan disanjungi peminatnya dari kalangan kumpulan LGBTQ, Adele turut menyebut komuniti itu adalah teman ‘sehati sejiwanya’.

Berucap di Belgium, Adele mendedikasikan persembahannya buat beberapa kumpulan termasuk: “..komuniti LGBTQA, mereka seperti teman sehati sejiwa saya sejak muda..” katanya dengan nada sebak.

Sumber: The Sun, Instagram, The Pink News, Teen Vogue.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending