Connect with us

Terkini

Perluas liputan perlindungan KWSP dan Perkeso – PM

Kerajaan mencadangkan perluasan liputan perlindungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ke atas populasi umur bekerja secara berperingkat mengikut fasa.

Wartawan TMT

Published

on

Perluas liputan perlindungan KWSP dan Perkeso – PM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan mencadangkan perluasan liputan perlindungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ke atas populasi umur bekerja secara berperingkat mengikut fasa.
  • Perkara itu antara tiga tunjang Program Perlindungan Sosial yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di sini hari ini.
  • Anwar menambah, kerajaan telah menyediakan peruntukan RM100 juta bagi tahun 2023 untuk menyediakan 80 peratus geran bagi membiayai caruman Perkeso pekerja gig.
  • “Walau bagaimanapun menurut data KWSP, lebih 40 peratus tenaga buruh tidak mendapat perlindungan untuk simpanan persaraan sewajarnya terutamanya melibatkan pekerja tidak formal.
  • “Oleh itu, dicadangkan diperluaskan liputan perlindungan KWSP dan Perkeso ke atas populasi umur bekerja secara berperingkat mengikut fasa,” katanya.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mencadangkan perluasan liputan perlindungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ke atas populasi umur bekerja secara berperingkat mengikut fasa.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Perkara itu antara tiga tunjang Program Perlindungan Sosial yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di sini hari ini.

Anwar menambah, kerajaan telah menyediakan peruntukan RM100 juta bagi tahun 2023 untuk menyediakan 80 peratus geran bagi membiayai caruman Perkeso pekerja gig.

“Walau bagaimanapun menurut data KWSP, lebih 40 peratus tenaga buruh tidak mendapat perlindungan untuk simpanan persaraan sewajarnya terutamanya melibatkan pekerja tidak formal.

“Oleh itu, dicadangkan diperluaskan liputan perlindungan KWSP dan Perkeso ke atas populasi umur bekerja secara berperingkat mengikut fasa,” katanya.

Selain itu katanya, kemampanan simpanan persaraan dengan penambahbaikan akan dilakukan bagi memastikan tahap simpanan persaraan yang mencukupi untuk menampung kehidupan rakyat Malaysia yang akan menempuh alam persaraan.

“Perlindungan melalui Bantuan Sosial. Pelbagai program bantuan tunai dan program Rahmah akan diteruskan dan ditambah baik untuk memastikan jaringan keselamatan sosial terus ditingkatkan,” katanya.

Menurut Anwar, kerajaan akan terus mengukuhkan sistem insurans pekerjaan serta program latihan semula bagi menyediakan penganggur dengan pekerjaan.

“Pendekatan ini selaras dengan peralihan daripada melindungi pekerjaan kepada melindungi pekerja (from protecting jobs to protecting the worker) dalam konteks ekonomi yang cepat berubah,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Aman Palestin siapkan tiga projek mega di Syria dalam tempoh sekatan akaun

Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.
  • Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.
  • Biarpun projek itu berjaya disiapkan, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta dan menggesa sekatan ke atas akaunnya dapat dihentikan untuk menyempurnakan transaksi tersebut.

KUALA LUMPUR – Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.

Foto : Projek saluran air.

“Projek yang didirikan antaranya Projek Saluran Air Bersih dari Sungai Furat ke Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa projek selama 15 bulan membabitkan kos USD659,000 (RM3.16 juta).

Foto: Masjid Ghafur.

”Pembinaan Masjid Al-Ghafour, Al-Bab dengan jangka masa pembinaan selama 7 bulan membabitkan kos USD130,000 (RM623,000).

Foto: Pusat Komuniti.

“Projek Pusat Komuniti Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa pembinaan selama 18 bulan, membabitkan kos sebanyak USD259,612 (RM1.24 juta),” katanya di sini hari ini.

Biarpun projek itu berjaya disiapkan dan berakhir sekitar November dan Disember tahun lalu, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta untuk menyempurnakan transaksi projek tersebut.

“Walaupun projek mega Aman Palestin ini telah berjaya disiapkan, Aman Palestin masih mempunyai hutang perlu dilunaskan sebanyak USD 400,000 (RM1.918 juta) untuk projek saluran air bersih berikutan akaun Aman Palestin yang disekat dan tidak mampu membayar hutang tersebut.

“Pembinaan projek-projek ini jelas tujuannya untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di sekitar Jarablus dan Al-Bab serta memberikan perkembangan yang terbaik dalam taraf hidup masyarakat di sana. 

“Dengan projek ini, Aman Palestin meletakkan harapan agar para penduduk yang mendapat manfaat dapat menggunakan kemudahan dengan sebaiknya demi kelangsungan hidup yang lebih baik.

“Dalam masa yang sama, Aman Palestin menggesa agar akaun Aman Palestin dapat dinyahbekukan dengan segera berikutan ramai lagi saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman yang ketika ini amat memerlukan bantuan daripada kita untuk terus hidup,” kata NGO itu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending