Connect with us

Terkini

META, MCMC & PDRM kerjasama bendung jenayah dalam talian

Meta Platforms Inc (META) beri jaminan akan terus komited kerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk membendung jenayah dalam talian.

Wartawan TMT

Published

on

META, MCMC & PDRM kerjasama bendung jenayah dalam talian
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
  • Meta Platforms Inc (META) beri jaminan akan terus komited kerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk membendung jenayah dalam talian.
  • Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata susulan peningkatan kes penipuan, judi dalam talian dan isu membabitkan institusi raja, agama dan bangsa (3R), pihaknya meminta META adakan pertemuan bersama PDRM dan MCMC.
  • “Kerugian ditanggung rakyat Malaysia bagi tempoh Januari – Mei 2023 menerusi platform META (Facebook, Instagram, dan WhatsApp) mencecah hampir RM330 juta.”
  • “Ini merupakan peningkatan 25% berbanding Jan – Dis 2022,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.
  • “Saya percaya dengan kerjasama ini, jenayah scam, judi dalam talian dan isu 3R di platform META akan dapat dikurangkan,” katanya.

KUALA LUMPUR : Meta Platforms Inc (META) beri jaminan akan terus komited kerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk membendung jenayah dalam talian.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata susulan peningkatan kes penipuan, judi dalam talian dan isu membabitkan institusi raja, agama dan bangsa (3R), pihaknya meminta META untuk mengadakan pertemuan bersama PDRM dan MCMC.

“Kerugian yang ditanggung rakyat Malaysia bagi tempoh Januari – Mei 2023 menerusi platform META (Facebook, Instagram, dan WhatsApp) mencecah hampir RM330 juta.

“Ini merupakan peningkatan 25% berbanding Jan – Dis 2022,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Fahmi berkata, hasil pertemuan semalam, pihak META menyatakan komitmen dan kesediaan kerjasama yang erat.

“Saya percaya dengan kerjasama ini, jenayah scam, judi dalam talian dan isu 3R di platform META akan dapat dikurangkan,” katanya.

Mesyuarat di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman itu turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain serta pengurusan tertinggi PDRM; Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching; Pengerusi MCMC, Tan Sri Salim Fateh Din serta Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amiruddin Abdul Wahab.

Advertisement

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending