Connect with us

Terkini

Majlis Peguam gesa undang-undang hukum jenayah kebencian berasas kaum, agama digubal

Majlis Peguam menggesa kerajaan agar menggubal undang-undang yang menghukum jenayah kebencian berasaskan kaum dan agama, serta memupuk keharmonian negara dan memerangi diskriminasi.

Wartawan TMT

Published

on

Majlis Peguam gesa undang-undang hukum jenayah kebencian berasas kaum, agama digubal
Foto: Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah.
  • Majlis Peguam gesa kerajaan menggubal undang-undang menghukum jenayah kebencian berasaskan kaum dan agama, serta memupuk keharmonian negara dan memerangi diskriminasi.
  • Presidennya, Karen Cheah mencadangkan tiga rang undang-undang (RUU) – RUU jenayah kebencian kaum dan agama, RUU keharmonian dan perdamaian negara, dan RUU suruhanjaya keharmonian dan perdamaian negara.
  • RUU ini, katanya, akan bertindak sebagai pengganti Akta Hasutan 1948 yang berkontroversi, dan membantu dalam “mencapai keseimbangan antara menegakkan kebebasan bersuara dengan mengekalkan keselamatan awam”.
  • Cheah berkata demikian susulan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa usaha mempromosi negara berbilang kaum bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
  • Cheah berkata, RUU itu akan menjadikan usaha mencetuskan kebencian kaum dan agama sebagai kesalahan, di samping mencegah diskriminasi.

PETALING JAYA – Majlis Peguam menggesa kerajaan agar menggubal undang-undang yang menghukum jenayah kebencian berasaskan kaum dan agama, serta memupuk keharmonian negara dan memerangi diskriminasi.

Presidennya, Karen Cheah mencadangkan tiga rang undang-undang (RUU) – RUU jenayah kebencian kaum dan agama, RUU keharmonian dan perdamaian negara, dan RUU suruhanjaya keharmonian dan perdamaian negara.

RUU ini, katanya, akan bertindak sebagai pengganti Akta Hasutan 1948 yang berkontroversi, dan membantu dalam “mencapai keseimbangan antara menegakkan kebebasan bersuara dengan mengekalkan keselamatan awam”.

Cheah berkata demikian susulan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa usaha mempromosi negara berbilang kaum bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mahathir berkata, Malaysia tidak pernah digambarkan sebagai sebuah negara berbilang kaum dalam Perlembagaan, yang “menekankan kemelayuan Malaysia”.

Cheah berkata, RUU itu akan menjadikan usaha mencetuskan kebencian kaum dan agama sebagai kesalahan, di samping mencegah diskriminasi.

RUU itu juga akan mengenakan kewajipan ke atas kerajaan dan semua rakyat untuk menggalakkan kesaksamaan, tambahnya.

Katanya lagi, bawah RUU itu, sebuah suruhanjaya yang dianggotai pelbagai kaum, agama dan latar belakang politik akan memainkan fungsi utama menjadi “titik penyelarasan” antara kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan pelbagai pihak berkepentingan untuk melibatkan diri dalam perbincangan yang lebih mantap mengenai integrasi nasional.

“Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan. Berbanding ahli politik menggunakan ucapan berbaur kebencian dan melemparkan tuduhan untuk mendapatkan kelebihan politik, lebih banyak usaha harus disalurkan ke arah menggalakkan perbahasan dan dialog yang membina.

“Kita patut berbangga dengan keunikan kita sebagai masyarakat berbilang budaya. Kami menggesa kerajaan perpaduan untuk mempertimbangkan secara menyeluruh RUU yang dicadangkan ini bagi memastikan budaya penerimaan dipupuk dalam kalangan rakyat,” kata Cheah.

Sumber: Free Malaysia Today 

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending