Terkini
Kezaliman di Myanmar, Palestin makin membimbangkan, ASEAN, PBB perlu tegas – Zambry
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa Myanmar dan rejim Zionis atas kezaliman berterusan yang dilakukan ketika ini.
- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa Myanmar dan rejim Zionis atas kezaliman berterusan dilakukan ketika ini.
- Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, situasi di kedua-dua wilayah itu semakin membimbangkan dengan pembunuhan terus-menerus berlaku dan perlu dihentikan serta-merta.
- “Situasi di Myanmar semakin membimbangkan. Serangan udara dan laporan-laporan berkaitan pembunuhan terus-menerus berlaku meskipun pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan oleh ASEAN.
- “ASEAN harus mengambil pendirian mengutuk sekerasnya tindakan-tindakan sebegini dan bukan sekadar menyatakan keprihatinannya,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
- Mengulas mengenai situasi di Palestin pula tegas Zambry, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa perlu menuntut rejim Israel untuk menghentikan kekejaman terhadap penduduk Palestin.
- “Kekejaman terhadap rakyat Palestin harus dihentikan serta-merta. Saya telah mengecam sekeras-kerasnya serangan udara rejim Israel di Jenin, Tebing Barat.”
- “Saya menyeru kepada rakan luar ASEAN terutamanya kuasa-kuasa besar supaya konflik di Palestin diberikan perhatian sama seperti konflik-konflik lain yang sedang berlaku di dunia ini,” katanya.
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa Myanmar dan rejim Zionis atas kezaliman berterusan yang dilakukan ketika ini.
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, situasi di kedua-dua wilayah itu semakin membimbangkan dengan pembunuhan terus-menerus berlaku dan perlu dihentikan serta-merta.
“Situasi di Myanmar semakin membimbangkan. Serangan udara dan laporan-laporan berkaitan pembunuhan terus-menerus berlaku meskipun pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan oleh ASEAN.
“ASEAN harus mengambil pendirian mengutuk sekerasnya tindakan-tindakan sebegini dan bukan sekadar menyatakan keprihatinannya,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Jelas Zambry, beliau telah mengusulkan supaya kenyataan lebih keras mengenai isu itu dimasukkan dalam Kenyataan Bersama Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN Ke-56 (Joint Communique of the 56th AMM).
“Usaha bagi menangani situasi di Myanmar tidak seharusnya dilaksanakan secara sepihak (unilateral).
“Sebaliknya ia perlu berlandaskan Five-Point Consensus (5PC), menerusi penyelarasan dengan Pengerusi ASEAN dan dipersetujui oleh ASEAN.
“Saya telah menekankan bahawa sebarang sesi libat urus yang diadakan dengan pihak Myanmar tidak harus membawa maksud bahawa ASEAN mengiktiraf keabsahan (legitimacy) pihak berkuasa Myanmar,” jelasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai situasi di Palestin pula tegas Zambry, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa perlu menuntut rejim Israel untuk menghentikan kekejaman terhadap penduduk Palestin.
Malah rakan-rakan ASEAN juga ujarnya, diminta memberi perhatian akan konflik di Palestin itu.
“Kekejaman terhadap rakyat Palestin harus dihentikan serta-merta. Saya telah mengecam sekeras-kerasnya serangan udara oleh rejim Israel di Jenin, Tebing Barat.
“Saya menyeru kepada rakan luar ASEAN terutamanya kuasa-kuasa besar supaya konflik di Palestin diberikan perhatian yang sama seperti konflik- konflik lain yang sedang berlaku di dunia ini,” katanya.
Malah tindakan negara-negara tertentu dilihat bersikap diskriminatif apabila hanya mengecam konflik di negara lain.
Bagaimanapun katanya, kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin terus dilindungi.
“Ini satu sikap diskriminatif negara-negara tertentu yang kerap mengecam konflik di negara lain tetapi terus melindungi rejim Israel.
“Malaysia menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa untuk menuntut rejim Israel menghentikan jenayah kemanusiaan yang kejam serta dasar apartheid terhadap rakyat Palestin demi kepentingan keamanan dan kestabilan,” katanya lagi.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
- Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
- Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
- Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.
Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.
“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.
“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.
Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya