Terkini
Kerajaan setuju beri subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar UA
Kerajaan bersetuju melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam (UA) yang melibatkan kos berjumlah RM16.8 juta.

- Kerajaan bersetuju melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam (UA) yang melibatkan kos berjumlah RM16.8 juta.
- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu dilaksanakan selepas mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri, semalam.
- Katanya, usaha tersebut dijangka dapat memanfaatkan lebih 56,000 pelajar UA dan penerbangan adalah melalui laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan.
- “Inisiatif itu akan dilaksanakan bermula 15 Ogos ini dan kaedah pemberiannya adalah syarikat penerbangan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan berkenaan,” katanya pada sidang media di sini semalam.
- Bantuan itu hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MYAirline dan tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Oktober 2023.
PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam (UA) yang melibatkan kos berjumlah RM16.8 juta.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu dilaksanakan selepas mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri, semalam.
Katanya, usaha tersebut dijangka dapat memanfaatkan lebih 56,000 pelajar UA dan penerbangan adalah melalui laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan.
“Inisiatif itu akan dilaksanakan bermula 15 Ogos ini dan kaedah pemberiannya adalah syarikat penerbangan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan berkenaan.
“Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada 2023.
“Ia hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal Semenanjung, Sabah, Sarawak, Labuan dan tempat pelajar sedang menuntut Semenanjung Malaysia, Sabah,
Sarawak dan Labuan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Anthony berkata, bantuan itu hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MYAirline dan tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Oktober 2023.
Bagaimanapun, katanya, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Tambah beliau pelaksanaan inisiatif itu mampu mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester pengajian.
“Bantuan ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk mengeratkan hubungan antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di samping menangani isu kos sara hidup selaras dengan aspirasi Malaysia Madani,” tambahnya.
Sumber: MalaysiaGazette
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN