Connect with us

Terkini

Kekecohan di KLIA: ‘Halang penjawat awam laksana tugas, ambil tindakan terhadap Menteri MOTAC’ – Ronald

Kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee.

Wartawan TMT

Published

on

Kekecohan di KLIA: 'Halang penjawat awam laksana tugas, ambil tindakan terhadap Menteri MOTAC' - Ronald
Foto: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee.
  • Kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee.
  • Katanya, walaupun King Sing mempunyai pas khas, tetapi perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugas.
  • “Tindakan menteri itu (King Sing) juga melanggar seksyen 56(1)(g) Akta Imigresen iaitu menghalang, sama ada secara aktif atau pasif, mana-mana pegawai imigresen yang sedang menjalankan tugasnya.
  • “Oleh itu, jika benar menteri telah mengganggu seorang pegawai imigresen daripada menjalankan tugas mereka, maka tindakan menteri itu perlu diambil oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
  • Ahli Parlimen Beluran itu menegaskan, pegawai awam perlu dibenarkan menjalankan tugas sah mereka tanpa gangguan dan tekanan daripada mana-mana pihak, apatah lagi jika ia membabitkan hal ehwal keselamatan dan kedaulatan negara.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee.

Beliau berkata, ia susulan insiden menceroboh kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Katanya, walaupun King Sing mempunyai pas khas, tetapi perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugas.

“Tindakan menteri itu (King Sing) juga melanggar seksyen 56(1)(g) Akta Imigresen iaitu menghalang, sama ada secara aktif atau pasif, mana-mana pegawai imigresen yang sedang menjalankan tugasnya.

“Oleh itu, jika benar menteri telah mengganggu seorang pegawai imigresen daripada menjalankan tugas mereka, maka tindakan menteri itu perlu diambil oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ahli Parlimen Beluran itu menegaskan, pegawai awam perlu dibenarkan menjalankan tugas sah mereka tanpa gangguan dan tekanan daripada mana-mana pihak, apatah lagi jika ia membabitkan hal ehwal keselamatan dan kedaulatan negara.

Jelas beliau, insiden sedemikian tidak akan berlaku sekiranya semua pihak menghormati tugas penjawat awam.

“Amaran tegas perlu diberikan kepada mana-mana pihak yang cuba menghalang dan mengganggu tugas pihak berkuasa.

“Penjawat awam hanya menjalankan tugas mereka mengikut bidang tugas dan fungsi mereka. Tidak wajar mereka dihalang atau dikasari dalam apa jua keadaan,” kata Ronald lagi.

King Sing sebelum ini mendakwa kehadirannya di KLIA adalah untuk melakukan pemantauan, namun telah membawa kepada pembongkaran budaya rasuah dalam kalangan pegawai di lapangan terbang.

Menteri itu memberitahu, beliau ke KLIA selepas menerima aduan daripada seorang pelancong untuk memantau dan memahami suasana ketibaan pelancong asing ke Malaysia.

King Sing juga menafikan tuduhan bahawa kekecohan yang timbul kerana menuntut Jabatan Imigresen membebaskan pelawat dari China.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending