Connect with us

Antarabangsa

Kabinet Zionis Israel desak PA hentikan gerakan anti-Israel

Kabinet keselamatan Israel semalam menyatakan pihaknya cuba ‘menghalang kejatuhan Pihak Berkuasa Palestin (PA)’ selain mendesak supaya badan itu menghentikan semua ‘gerakan anti-Israel yang dilakukan’.

Wartawan TMT

Published

on

Kabinet Zionis Israel desak PA hentikan gerakan anti-Israel
Foto: Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
  • Kabinet keselamatan Israel semalam menyatakan pihaknya cuba ‘menghalang kejatuhan Pihak Berkuasa Palestin (PA)’ selain mendesak supaya badan itu menghentikan semua ‘gerakan anti-Israel yang dilakukan’.
  • Perkara itu dinyatakan beberapa hari selepas tentera Zionis melancarkan serangan besar-besaran di Jenin, Tebing Barat yang meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa penduduk Palestin.
  • Pada Januari lalu, kerajaan Israel pimpinan Benjamin Netanyahu mengumumkan beberapa siri sekatan terhadap PA yang menguasai sebahagian besar kawasan di Tebing Barat.
  • Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh berkata, sekatan itu menyebabkan PA berada ‘di ambang kejatuhan, termasuk kewangan dan perlembagaan’.

BAITULMUQADDIS: Kabinet keselamatan Israel semalam menyatakan pihaknya cuba ‘menghalang kejatuhan Pihak Berkuasa Palestin (PA)’ selain mendesak supaya badan itu menghentikan semua ‘gerakan anti-Israel yang dilakukan’.

Perkara itu dinyatakan beberapa hari selepas tentera Zionis melancarkan serangan besar-besaran di Jenin, Tebing Barat yang meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa penduduk Palestin.

Pada Januari lalu, kerajaan Israel pimpinan Benjamin Netanyahu mengumumkan beberapa siri sekatan terhadap PA yang menguasai sebahagian besar kawasan di Tebing Barat.

Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh berkata, sekatan itu menyebabkan PA berada ‘di ambang kejatuhan, termasuk kewangan dan perlembagaan’.

Selain itu, sekatan berkenaan juga hanya meningkatkan tentangan rakyat Palestin terhadap rejim Zionis.

Kabinet Israel semalam mengundi untuk membolehkan Israel bertindak bagi mengelakkan PA tumbang, sekali gus ‘masih berfungsi untuk rakyat Palestin’.

Dengan syarat, PA perlu menghentikan semua gerakan anti-Israel yang meningkatkan ketegangan.

Selain itu, Zionis turut mendesak PA berhenti membuat bayaran kepada keluarga suspek pengganas yang ditahan di penjara Israel. – AFP

Sumber: Utusan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Turkiye akhirnya henti perdagangan dengan Israel

Turkiye menggantung semua perdagangan dengan Israel berkuat kuasa serta-merta berikutan krisis kemanusiaan di Gaza, demikian umum Kementerian Perdagangan Turkiye pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Israel, Israel Katz (kiri) dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan (kanan).
  • Turkiye menggantung semua perdagangan dengan Israel berkuat kuasa serta-merta berikutan krisis kemanusiaan di Gaza, demikian umum Kementerian Perdagangan Turkiye pada Khamis.
  • “Urus niaga eksport dan import yang berkaitan dengan Israel telah dihentikan, meliputi semua produk.
  • “Turkiye akan melaksanakan langkah-langkah baharu ini dengan tegas dan jelas sehingga Kerajaan Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan mencukupi dan tidak terganggu ke Gaza,” kata kementerian itu dipetik Middle East Eye.
  • Menteri Luar Israel, Israel Katz mengkritik tindakan itu di platform media sosial X mengatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkelakuan seperti “seorang diktator”.
  • Katz mendakwa Erdogan melanggar perjanjian dua hala antara kedua-dua negara dan berkata negara itu akan berusaha mewujudkan alternatif perdagangan dengan negara lain.

Turkiye menggantung semua perdagangan dengan Israel berkuat kuasa serta-merta berikutan krisis kemanusiaan di Gaza, demikian umum Kementerian Perdagangan Turkiye pada Khamis.

“Urus niaga eksport dan import yang berkaitan dengan Israel telah dihentikan, meliputi semua produk.

“Turkiye akan melaksanakan langkah-langkah baharu ini dengan tegas dan jelas sehingga Kerajaan Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan mencukupi dan tidak terganggu ke Gaza,” kata kementerian itu dipetik Middle East Eye.

Menteri Luar Israel, Israel Katz mengkritik tindakan itu di platform media sosial X mengatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkelakuan seperti “seorang diktator”.

Katz mendakwa Erdogan melanggar perjanjian dua hala antara kedua-dua negara dan berkata negara itu akan berusaha mewujudkan alternatif perdagangan dengan negara lain.

Turkiye dan Israel mempunyai perjanjian perdagangan bebas yang berkuat kuasa sejak 1997.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara ialah $6.3 bilion pada 2023, di mana 76 peratus daripadanya eksport Turkiye, demikian menurut Institut Statistik Turkiye. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending