Connect with us

Antarabangsa

Jokowi arah siasatan terhadap sekolah Islam ‘kontroversi’

Presiden Indonesia, Joko “Jokowi” Widodo pada 26 Jun lalu berkata beliau mengarahkan siasatan terhadap sebuah sekolah berasrama penuh agama yang dituduh menyeleweng daripada ajaran Islam selepas penunjuk perasaan menuntut institusi pendidikan itu ditutup.

Wartawan TMT

Published

on

Jokowi arah siasatan terhadap sekolah Islam ‘kontroversi’
Foto: Sekolah Al Zaytun di wilayah Jawa Barat, Indonesia.
  • Presiden Indonesia, Joko “Jokowi” Widodo pada 26 Jun lalu berkata beliau mengarahkan siasatan terhadap sebuah sekolah berasrama penuh agama yang dituduh menyeleweng daripada ajaran Islam selepas penunjuk perasaan menuntut institusi pendidikan itu ditutup.
  • Menurut laporan Benar News, Sekolah Al Zaytun di wilayah Jawa Barat telah dipantau sejak sebuah klip video disiarkan pada April lalu tular di media sosial.
  • Video itu menunjukkan solat sunat Aidilfitri dilakukan bercampur jantina di kampus itu di mana perlakuan terbabit dianggap melanggar norma Islam yang lazimnya mengasingkan solat antara jantina.

Presiden Indonesia, Joko “Jokowi” Widodo pada 26 Jun lalu berkata beliau mengarahkan siasatan terhadap sebuah sekolah berasrama penuh agama yang dituduh menyeleweng daripada ajaran Islam selepas penunjuk perasaan menuntut institusi pendidikan itu ditutup.

Menurut laporan Benar News, Sekolah Al Zaytun di wilayah Jawa Barat telah dipantau sejak sebuah klip video disiarkan pada April lalu tular di media sosial.

Video itu menunjukkan solat sunat Aidilfitri dilakukan bercampur jantina di kampus itu di mana perlakuan terbabit dianggap melanggar norma Islam yang lazimnya mengasingkan solat antara jantina.

“Sabarlah. Saya telah mengarahkan menteri penyelaras bagi hal ehwal politik, undang-undang dan keselamatan serta menteri hal ehwal agama untuk menelitinya,” kata Jokowi kepada pemberita.

Jokowi sebelum itu menafikan dakwaan bahawa pihak sekelilingnya melindungi sekolah Al Zaytun.

Dakwaan itu dibuat Pengasas Yayasan Pondok Pesantren Indonesia, Imam Supriyanto yang berkata dalam program bual bicara televisyen minggu sebelum itu bahawa beberapa jeneral bersara yang rapat dengan Jokowi mempunyai hubungan dengan pengasas Al Zaytun, Panji Gumilang.

Imam turut menamakan ketua staf Jokowi, Moeldoko dan bekas ketua perisikan, Abdullah Mahmud Hendropriyono sebagai antara individu rapat dengan Jokowi yang melindungi sekolah itu.

“Moeldoko bermegah tentang saraan makanan di Al Zaytun… dan saya tahu dia memberi panji akses kepada polis di semua peringkat, menjadikannya berkuasa,” kata Imam.

Dalam pada itu, Moeldoko mengakui dia mempunyai persahabatan dengan pengasas sekolah itu tetapi menafikan sebarang salah laku. 

Beliau berkata dia melawat Al Zaytun sebanyak dua kali untuk menyampaikan syarahan sebagai sebahagian daripada tugas komunikasi politiknya.

“Adakah ia menjadi masalah? Kita perlu berkomunikasi dengan baik. Itu tugas KSP (Ketua Staf Presiden), untuk bercakap dengan sesiapa sahaja,” kata ketua kakitangan presiden itu kepada pemberita.

Sumber: Benar News

Author

Antarabangsa

315 maut, lebih 1,600 cedera banjir Afghanistan

Jumlah kematian disebabkan insiden banjir di utara Afghanistan mencecah 315 orang, manakala lebih 1,600 mangsa dilaporkan cedera, lapor agensi berita Reuters.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kematian disebabkan insiden banjir di utara Afghanistan.
  • Jumlah kematian disebabkan insiden banjir di utara Afghanistan mencecah 315 orang, manakala lebih 1,600 mangsa dilaporkan cedera, lapor agensi berita Reuters.
  • Kementerian Dalam Negeri Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) pada Ahad berkata, angka kematian rasmi akibat banjir kilat melanda sejak Jumaat disebabkan hujan lebat melibatkan 153 orang awam dan dianggarkan meningkat.
  • Pertubuhan bantuan kemanusiaan pula berkata kemudahan penjagaan kesihatan dan infrastruktur penting seperti air dilaporkan rosak akibat banjir.
  • Afghanistan diketahui mudah terdedah kepada bencana alam dan dianggap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai salah satu negara paling mudah terkesan terhadap sebarang perubahan iklim.
  • Menteri Ekonomi Afghanistan, Din Mohammad Hanif dalam kenyataan pada Ahad menggesa PBB, agensi kemanusiaan dan perusahaan swasta untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir.

Jumlah kematian disebabkan insiden banjir di utara Afghanistan mencecah 315 orang, manakala lebih 1,600 mangsa dilaporkan cedera, lapor agensi berita Reuters.

Kementerian Dalam Negeri Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) pada Ahad berkata, angka kematian rasmi akibat banjir kilat melanda sejak Jumaat disebabkan hujan lebat melibatkan 153 orang awam dan dianggarkan meningkat.

Kementerian itu berkata ribuan kediaman rosak dan ternakan turut musnah.

Pertubuhan bantuan kemanusiaan pula berkata kemudahan penjagaan kesihatan dan infrastruktur penting seperti air dilaporkan rosak akibat banjir.

Afghanistan diketahui mudah terdedah kepada bencana alam dan dianggap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai salah satu negara paling mudah terkesan terhadap sebarang perubahan iklim.

Negara itu kurang menerima bantuan selepas pengambilalihan Taliban sejurus selepas berundurnya tentera asing pada 2021 yang menyebabkan dana pembangunan untuk pengukuhan kewangan kerajaan dihentikan.

Keadaan itu bertambah buruk pada tahun-tahun berikutnya selepas kerajaan asing menghadapi krisis persaingan global dan tindakan mengecam sekatan Taliban ke atas wanita-wanita Afghanistan.

Menteri Ekonomi Afghanistan, Din Mohammad Hanif dalam kenyataan pada Ahad menggesa PBB, agensi kemanusiaan dan perusahaan swasta untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending