Connect with us

Terkini

Jauhi hasad dengki, budaya fitnah – Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat menjauhi perasaan hasad dengki, fitnah-memfitnah, pemikiran prasangka sempit dan negatif.

Wartawan TMT

Published

on

Jauhi hasad dengki, budaya fitnah – Yang di-Pertuan Agong
Foto: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (depan) pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1445H/2023M.
  • Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat menjauhi perasaan hasad dengki, fitnah-memfitnah, pemikiran prasangka sempit dan negatif.
  • Baginda bertitah, sifat sedemikian tidak mendatangkan sebarang faedah kepada bangsa dan negara.
  • “Mengambil ibrah daripada peristiwa hijrah ini, beta ingin mengajak rakyat bersatu hati dalam membentuk sebuah masyarakat yang lembut dalam berbicara serta halus dalam berpesan.
  • “Harmoni dalam persaudaraan, jujur dalam pekerjaan, amanah dalam menggalas tugas dan gagah perkasa dalam mencipta kejayaan,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1445H/2023M, di sini hari ini.
  • Baginda bertitah, semangat hijrah yang perlu dijelmakan rakyat ketika ini ialah menjaga kesatuan dan perpaduan.
  • Titah baginda, semangat itu perlu dijelma tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan adat resam demi untuk membangunkan sebuah negara pertiwi.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat menjauhi perasaan hasad dengki, fitnah-memfitnah, pemikiran prasangka sempit dan negatif.

Baginda bertitah, sifat sedemikian tidak mendatangkan sebarang faedah kepada bangsa dan negara.

“Mengambil ibrah daripada peristiwa hijrah ini, beta ingin mengajak rakyat bersatu hati dalam membentuk sebuah masyarakat yang lembut dalam berbicara serta halus dalam berpesan.

“Harmoni dalam persaudaraan, jujur dalam pekerjaan, amanah dalam menggalas tugas dan gagah perkasa dalam mencipta kejayaan,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1445H/2023M, di sini hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Kira-kira 6,000 tetamu hadir pada majlis itu yang mewakili 110 kontinjen daripada agensi kerajaan dan swasta, dengan selebihnya orang awam.

Tema sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan tahun ini ‘Perpaduan Teras Malaysia MADANI’.

Baginda bertitah, semangat hijrah yang perlu dijelmakan rakyat ketika ini ialah menjaga kesatuan dan perpaduan.

Titah baginda, semangat itu perlu dijelma tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan adat resam demi untuk membangunkan sebuah negara pertiwi.

“Penyatuan dan kesepaduan kaum Muhajirin dan Ansar yang berlaku 1,400 tahun lalu, adalah semangat hijrah yang wajar dijadikan pedoman utama dalam mengurus kepelbagaian dan kerencaman negara.

“Islah ke arah kebaikan mesti bermula dalam hati sanubari sendiri dengan penuh komited dan jujur,” titah baginda.

Seri Paduka juga menghargai usaha kerajaan dalam menggerakkan agenda Malaysia Madani bagi membentuk masyarakat yang menghayati nilai-nilai ihsan, mendukung prinsip keadilan dan mengamalkan semangat toleransi.

“Beta turut menghargai pelaksanaan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama menuju Malaysia Madani, sebagai langkah proaktif untuk menjayakan agenda pembangunan dan pembaharuan ummah.

“Selain itu, semangat dan roh hijrah dalam memupuk sifat amanah dan berintegriti hendaklah sentiasa tumbuh segar di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia,” titah baginda.

Bersempena dengan kedatangan tahun baru hijrah ini, baginda menyeru seluruh rakyat bersama mensyukuri akan nikmat keamanan dan kemakmuran negara yang sudah dikecapi hingga kini.

“Suburkan rasa kasih dan kecantikan kita kepada tanah air ini, sebagaimana cintanya Rasulullah SAW kepada tanah kelahiran baginda,” titah Seri Paduka.

Sementara itu, baginda bertitah, penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Makkah ke Madinah sudah menjadi titik permulaan pembinaan sebuah negara Islam.

“Peristiwa hijrah juga sudah membuka helaian lembaran baru dalam usaha untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu serta menjulang tinggi nilai-nilai keinsanan.

“Negara Islam pertama sudah dibentuk berasaskan kepada semangat perpaduan dan hidup dengan penuh kerukunan di bawah Piagam Madinah yang bersifat inklusif, menaungi masyarakat Islam dan bukan Islam.

“Penghijrahan Rasulullah SAW adalah pencetus kepada penyebaran agama Islam ke seluruh dunia,” titah baginda.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending