Connect with us

Terkini

Isu pelancong asing: Status syarikat ejen minta RM18,000 disiasat SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat status syarikat ejen yang didakwa meminta RM18,000 daripada pelancong asing sekiranya kemasukan mereka ke negara ini ditolak.

Wartawan TMT

Published

on

Isu pelancong asing: Status syarikat ejen minta RM18,000 disiasat SPRM
Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat status syarikat ejen yang didakwa meminta RM18,000 daripada pelancong asing sekiranya kemasukan mereka ke negara ini ditolak.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata hasil siasatan terbaharu pihaknya turut mendapati syarikat berkenaan dilantik oleh pihak yang menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  • “Di KLIA, ada satu syarikat yang saya tidak mahu sebutkan namanya diberi tanggungjawab sejak 2017. Mereka ini adalah syarikat yang dibenarkan menguruskan mereka yang telah diberikan Notis Penolakan Masuk (NTL). Jadi kita perlu siasat kewujudan syarikat ini adakah ianya kontrak yang dibenarkan atau tidak,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Proses Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM di sini semalam.
  • Selasa, SPRM mengesahkan terdapat ejen yang meminta sehingga RM18,000 untuk menyelesaikan kemasukan pelancong asing yang tidak memenuhi syarat di KLIA.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat status syarikat ejen yang didakwa meminta RM18,000 daripada pelancong asing sekiranya kemasukan mereka ke negara ini ditolak.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata hasil siasatan terbaharu pihaknya turut mendapati syarikat berkenaan dilantik oleh pihak yang menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Di KLIA, ada satu syarikat yang saya tidak mahu sebutkan namanya diberi tanggungjawab sejak 2017. Mereka ini adalah syarikat yang dibenarkan menguruskan mereka yang telah diberikan Notis Penolakan Masuk (NTL). Jadi kita perlu siasat kewujudan syarikat ini adakah ianya kontrak yang dibenarkan atau tidak,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Proses Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM di sini semalam.

Selasa, SPRM mengesahkan terdapat ejen yang meminta sehingga RM18,000 untuk menyelesaikan kemasukan pelancong asing yang tidak memenuhi syarat di KLIA.

“Disitulah kita nak kenal pasti apakah bentuk wang yang diminta daripada perempuan China ini. Kita syak yang meminta itu adalah warga asing kerana mereka bercakap menggunakan bahasa mereka dan menggunakan aplikasi Wechat,” katanya.

Jelasnya pada Khamis lalu, 41 NTL dikeluarkan pihak imigresen kepada warga asing

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Perundangan baharu kawal selia penerbitan kalimah ‘Allah’ sedang disediakan – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.
  • “Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak JAKIM, Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan AGC dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 
  • “Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.
  • Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.

“Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 

“Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

Pada 23 Oktober 2023,  media melaporkan garis panduan baharu mengenai Arahan Pentadbiran KDN berkaitan penggunaan kalimah Allah akan diteliti dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu terbabit.

Saifuddin dilaporkan mengatakan cadangan garis panduan itu sudah dikemukakan kepada MKI selepas selesai lima sesi libat urus diadakan sebelum ini.

Katanya, KDN akan mengambil panduan hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja itu untuk mengadakan garis panduan baharu bagi isu penggunaan kalimah Allah.

KDN sebelum ini mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak, termasuk AGC, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JAKIM, Majlis Profesor Malaysia dan Persatuan-persatuan Peguam Muslim Syarie Malaysia.

Ia susulan KDN dan kerajaan Malaysia pada 15 Mei 2023 dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. 

Memetik BERNAMA, Jill Ireland dilaporkan memohon semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan cakera padat (CD) dengan tajuk mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008 dan perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah itu dalam penerbitan Kristian.

Mahkamah pada 2014 memerintahkan CD itu dipulangkan dan setelah melalui beberapa proses, memutuskan arahan KDN pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending