Connect with us

Terkini

Israel larang imam Masjid Al-Aqsa lakukan perjalanan ke luar negara selama sebulan

Imam Masjid Al-Aqsa Syeikh Dr Ekrima Sabri dikenakan larangan perjalanan ke luar negara selama sebulan oleh rejim Israel atas dakwaan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh beliau telah mendatangkan bahaya terhadap keselamatan Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Israel larang imam Masjid Al-Aqsa lakukan perjalanan ke luar negara selama sebulan
Foto: Imam Masjid Al-Aqsa, Syeikh Dr Ekrima Sabri.
  • Imam Masjid Al-Aqsa Syeikh Dr Ekrima Sabri dikenakan larangan perjalanan ke luar negara selama sebulan oleh rejim Israel atas dakwaan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh beliau telah mendatangkan bahaya terhadap keselamatan Israel.
  • Menurut kenyataan Pejabat Guaman Syeikh Dr Ekrima Sabri yang diterima Bernama melalui Whatsapp, larangan itu dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri Israel pada Ahad dan diserahkan oleh pasukan perisik Israel yang menyerbu rumah beliau di Baitulmaqdis Timur.
  • Tempoh larangan itu kemungkinan boleh dilanjutkan.
  • “Pihak Israel mahu menghalang kebenaran daripada pengetahuan dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku di Baitulmaqdis. Syeikh Ekrima Sabri tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyebabkan dia dilarang melakukan perjalanan, sebaliknya hanya menjalankan peranannya mewakili Masjid Al-Aqsa dan isu Baitulmaqdis,” katanya.
  • Larangan itu dibuat selepas kempen hasutan sistematik dan berbahaya yang dikenakan terhadap beliau sejak beberapa bulan kebelakangan ini, yang didalangi pihak kerajaan Israel.

KUALA LUMPUR – Imam Masjid Al-Aqsa Syeikh Dr Ekrima Sabri dikenakan larangan perjalanan ke luar negara selama sebulan oleh rejim Israel atas dakwaan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh beliau telah mendatangkan bahaya terhadap keselamatan Israel.

Menurut kenyataan Pejabat Guaman Syeikh Dr Ekrima Sabri yang diterima Bernama melalui Whatsapp, larangan itu dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri Israel pada Ahad dan diserahkan oleh pasukan perisik Israel yang menyerbu rumah beliau di Baitulmaqdis Timur.

Tempoh larangan itu kemungkinan boleh dilanjutkan.

“Pihak Israel mahu menghalang kebenaran daripada pengetahuan dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku di Baitulmaqdis. Syeikh Ekrima Sabri tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyebabkan dia dilarang melakukan perjalanan, sebaliknya hanya menjalankan peranannya mewakili Masjid Al-Aqsa dan isu Baitulmaqdis,” katanya.

Larangan itu dibuat selepas kempen hasutan sistematik dan berbahaya yang dikenakan terhadap beliau sejak beberapa bulan kebelakangan ini, yang didalangi pihak kerajaan Israel.

Kenyataan itu juga menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk mengambil tindakan menghentikan pendakwaan tidak adil dan pencabulan terhadap Syeikh Dr Ekrima Sabri memandangkan status agama dan usia lanjutnya.

Sebelum ini, Syeikh Dr Ekrima telah melakukan lawatan ke Malaysia untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Palestin yang diadakan secara maya di Putrajaya, pada 17-18 Jun.

Advertisement

Dalam temu bual eksklusif bersama BERNAMA sempena lawatan itu, beliau menyeru umat Islam dari seluruh dunia untuk bersatu dan berpegang teguh dalam menyelesaikan isu Palestin yang sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian. – BERNAMA

Sumber: Bernama

 

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending