Connect with us

Terkini

Hanya kerana muntah atas sofa, kanak-kanak tiga tahun maut ditendang teman lelaki ibu

Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun didera hingga maut oleh teman lelaki ibunya yang dipercayai hanya kerana muntah di atas sofa kesayangannya.

Wartawan TMT

Published

on

Hanya kerana muntah atas sofa, kanak-kanak tiga tahun maut ditendang teman lelaki ibu
Foto: Ibu kandung mangsa dan teman lelakinya yang ditahan polis untuk siasatan lanjut.
  • Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun didera hingga maut oleh teman lelaki ibunya yang dipercayai hanya kerana muntah di atas sofa kesayangannya.
  • Siasatan awal polis mendapati suspek mengaku menekan perut dan menendang mangsa secara agresif hingga menyebabkan tengkorak selain organ dalam perut pecah.
  • Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner, Christopher Patit berkata, suspek juga mengaku menekan perut kanak-kanak itu secara agresif berkali-kali selain menendang sehingga kepala mangsa terhantuk ke lantai.
  • Beliau berkata akibat perbuatan kejam itu, tengkorak mangsa itu pecah selain organ dalam perut turut pecah.
  • “Sebaik tiba di Hospital Melaka (HM) pada 6.50 pagi, kanak-kanak yang dalam keadaan tidak sedarkan diri dirawat di Zon Merah dan diberikan bantuan pernafasan lebih sejam.
  • “Namun, doktor mendapati mangsa tidak memberikan sebarang reaksi sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.15 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini.

MELAKA: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun didera hingga maut oleh teman lelaki ibunya yang dipercayai hanya kerana muntah di atas sofa kesayangannya.

Siasatan awal polis mendapati suspek mengaku menekan perut dan menendang mangsa secara agresif hingga menyebabkan tengkorak selain organ dalam perut pecah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner, Christopher Patit berkata, suspek juga mengaku menekan perut kanak-kanak itu secara agresif berkali-kali selain menendang sehingga kepala mangsa terhantuk ke lantai.

Beliau berkata akibat perbuatan kejam itu, tengkorak mangsa itu pecah selain organ dalam perut turut pecah.

“Sebaik tiba di Hospital Melaka (HM) pada 6.50 pagi, kanak-kanak yang dalam keadaan tidak sedarkan diri dirawat di Zon Merah dan diberikan bantuan pernafasan lebih sejam.

“Namun, doktor mendapati mangsa tidak memberikan sebarang reaksi sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.15 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Christopher berkata, mangsa dihantar ke rumah suspek berusia 25 tahun di Cheng oleh ibu mangsa berusia 24 tahun yang juga teman wanita suspek untuk berubat jam 5.30 pagi semalam selepas dikatakan kerap muntah.

Bagaimanapun, katanya 40 minit kemudian, suspek menghubungi ibu mangsa memaklumkan anaknya terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum kedua-dua mereka membawa mangsa ke HM.

Katanya, mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HM jam 10.30 pagi untuk tindakan selanjutnya dan pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala dan badannya.

Beliau berkata, ibu kandung mangsa dan teman lelakinya kemudian ditahan polis di hospital untuk siasatan lanjut.

Katanya satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengetahui motif kejadian dan siasatan lanjut.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana dikhuatiri akan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Dalam pada itu kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 13 Julai depan bagi membantu siasatan kes.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Terdahulu kedua-dua suspek berpakaian lokap tiba pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh pada jam 8.30 pagi.

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending