Connect with us

Terkini

Gaji di tahap rendah, Skim gaji perkhidmatan awam dikaji semula -PM

Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam dengan perbincangan awal mengenainya akan dibangkitkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri, minggu hadapan.

Wartawan TMT

Published

on

Gaji di tahap rendah, Skim gaji perkhidmatan awam dikaji semula -PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan bersetuju mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam dengan perbincangan awal mengenainya akan dibangkitkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri, minggu hadapan.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata syor penelitian semula skim gaji perkhidmatan awam itu dibuat selepas mempertimbangkan tiada kenaikan diberikan bagi suatu jangka masa yang agak lama.
  • “Gaji penjawat awam paling akhir dinilai semula pada 2013 dan ia suatu tempoh agak lama. Maka, pandangan sudah dikemukakan kepada saya untuk memulakan pasukan mengkaji dan saya bersetuju (dengan syor berkenaan).
  • “Keseluruhannya, upah dan gaji penjawat awam ketika ini masih di tahap rendah dan saya rasa ia wajar diberi pertimbangan walaupun (kerajaan) terikat dengan kekangan kewangan sedia ada. Sedikit perubahan ini saya rasa kita boleh cari jalan supaya dapat kita beri pertimbangan,”  katanya selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), hari ini.

SEREMBAN – Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam dengan perbincangan awal mengenainya akan dibangkitkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri, minggu hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata syor penelitian semula skim gaji perkhidmatan awam itu dibuat selepas mempertimbangkan tiada kenaikan diberikan bagi suatu jangka masa yang agak lama.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pertimbangan itu wajar dibuat selepas mengambil kira skim gaji penjawat awam sedia ada ketika ini berada di tahap yang rendah.

Anwar bagaimanapun tidak menetapkan jangka masa khusus bagi perbincangan itu mahupun peratusan kenaikan yang dijangka diberikan, selain menyifatkan perbincangan mengenainya masih di peringkat awal.

“Gaji penjawat awam paling akhir dinilai semula pada 2013 dan ia suatu tempoh agak lama. Maka, pandangan sudah dikemukakan kepada saya untuk memulakan pasukan mengkaji dan saya bersetuju (dengan syor berkenaan).

“Kita akan bentangkan kepada Jemaah Menteri supaya diberikan kelulusan dan pasukan ini boleh memulakan kerja dan memberikan cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan (skim gaji penjawat awam).

“Keseluruhannya, upah dan gaji penjawat awam ketika ini masih di tahap rendah dan saya rasa ia wajar diberi pertimbangan walaupun (kerajaan) terikat dengan kekangan kewangan sedia ada. Sedikit perubahan ini saya rasa kita boleh cari jalan supaya dapat kita beri pertimbangan.

“Jangkaan tempoh perbincangan (bagi syor penelitian semula skim gaji penjawat awam) akan diserahkan kepada Zulkapli, manakala unjuran kenaikan pula masih terlalu awal untuk dinyatakan, tetapi ia harus ada,” katanya selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), hari ini.

Pada 2013, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dilapor bersetuju memberi faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) kepada semua penjawat awam.

Pemberian kenaikan antara RM80 hingga RM320 yang membabitkan perbelanjaan bernilai RM1.5 bilion itu diawalkan pada 1 Julai 2013.

Najib antara lain dipetik berkata, semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT, berkuat kuasa 1 Januari 2013.

Ia bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai 2013, tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.

Selain itu, bagi memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum, tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi ditetapkan, jika tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat.

Malah, kerajaan ketika itu juga bersetuju menambah baik pelaksanaan urusan kenaikan pangkat kumpulan pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat, berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 kepada 13 tahun.

Kerajaan ketika itu juga secara prinsipnya turut bersetuju melunaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.

Terdahulu, Anwar ketika berucap pada majlis berkenaan, berkata usaha menaikkan gaji kakitangan awam akan diberikan keutamaan sejurus kedudukan ekonomi negara bertambah baik dalam tempoh setahun beliau mengambil alih pentadbiran.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending