Connect with us

Terkini

Denda cecah RM 250 ribu jika tukar label beras tempatan, jual harga import

Individu atau syarikat yang mengambil kesempatan menukar bungkusan atau label pada kampit beras tempatan dan menjualnya dengan harga import boleh dikenakan penalti sehingga RM250,000.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Denda cecah RM 250 ribu jika tukar label beras tempatan, jual harga import
Foto: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
  • Individu atau syarikat yang mengambil kesempatan menukar bungkusan atau label pada kampit beras tempatan dan menjualnya dengan harga import boleh dikenakan penalti sehingga RM250,000.
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya memandang serius tindakan pihak yang cuba mengambil kesempatan bagi mendapatkan keuntungan berganda.
  • “Pihak kementerian memberi amaran dan peringatan keras kepada semua peniaga untuk sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan termasuklah tidak mengambil kesempatan melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras tempatan.
  • “Sekiranya didapati ada pihak melakukan penyelewengan itu, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.
  • “Individu didapati bersalah boleh dikenakan denda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala pihak syarikat pula boleh didenda sehingga RM250,000,” katanya dalam kenyataan semalam.

KUALA LUMPUR: Individu atau syarikat yang mengambil kesempatan menukar bungkusan atau label pada kampit beras tempatan dan menjualnya dengan harga import boleh dikenakan penalti sehingga RM250,000.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya memandang serius tindakan pihak yang cuba mengambil kesempatan bagi mendapatkan keuntungan berganda.

“Pihak kementerian memberi amaran dan peringatan keras kepada semua peniaga untuk sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan termasuklah tidak mengambil kesempatan dengan melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras tempatan.

“Sekiranya didapati ada pihak yang melakukan penyelewengan itu, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

“Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala pihak syarikat pula boleh didenda sehingga RM250,000,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini, BH mendedahkan terdapat segelintir pemborong beras didakwa cuba memanipulasi harga kawalan yang ditetapkan kerajaan dengan menukar kampit beras tempatan kepada kampit beras import.

Taktik itu dipercayai dilakukan kerana harga beras import tidak dikawal kerajaan, manakala harga beras tempatan ditetapkan pada RM2.60 sekilogram.

Dalam pada itu, Salahuddin turut menasihatkan pembeli supaya lebih berhati-hati dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung isu berkaitan boleh mengemukakan aduan berkenaan bersama butiran dan maklumat yang lengkap di beberapa saluran kementerian.

Sama ada di aplikasi WhatsApp kementerian iaitu pada nombor 019-279 4317 / 019-848 8000; portal e-Aduan KPDN iaitu http://e.aduan.kpdn.gov.my;

Call Centre 1-800-886-800; aplikasi Ez ADU KPDN serta menghubungi bilik gerakan penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245.

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *