Connect with us

Terkini

Dakwaan terdapat peraturan komunikasi baharu adalah tidak benar

Mesej tular di media sosial kononnya terdapat peraturan komunikasi baharu oleh kerajaan yang akan merekodkan semua panggilan serta memantau rangkaian media sosial dan forum adalah palsu.

Wartawan TMT

Published

on

Dakwaan terdapat peraturan komunikasi baharu adalah tidak benar
Foto: Gambar mesej palsu peraturan komunikasi baharu oleh pihak Kerajaan yang akan merekodkan semua panggilan dan memantau semua rangkaian media sosial dan forum.
  • Mesej tular di media sosial kononnya terdapat peraturan komunikasi baharu oleh kerajaan yang akan merekodkan semua panggilan serta memantau rangkaian media sosial dan forum adalah palsu.
  • SEBENARNYA.MY di laman rasminya memaklumkan berdasarkan hasil penelitian dan semakan dijalankan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mendapati mesej yang tular itu adalah tidak benar.
  • “Mesej tersebut didapati telah mula tular pada tahun 2017 di beberapa negara seperti Ghana, Emiriah Arab Bersatu, India dan juga Singapura.
  • “Ia disahkan oleh beberapa laman termasuk laman semak fakta di India (factcrescendo.com), akhbar International Business Times di India dan The Independent Singapore. Mesej tersebut didapati diubah sedikit dari semasa ke semasa namun kandungan mesej masih sama,” katanya.

KUALA LUMPUR – Mesej tular di media sosial kononnya terdapat peraturan komunikasi baharu oleh kerajaan yang akan merekodkan semua panggilan serta memantau rangkaian media sosial dan forum adalah palsu.

SEBENARNYA.MY di laman rasminya memaklumkan berdasarkan hasil penelitian dan semakan yang dijalankan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mendapati mesej yang tular itu adalah tidak benar.

“Mesej tersebut didapati telah mula tular pada tahun 2017 di beberapa negara seperti Ghana, Emiriah Arab Bersatu, India dan juga Singapura.

“Ia disahkan oleh beberapa laman termasuk laman semak fakta di India (factcrescendo.com), akhbar International Business Times di India dan The Independent Singapore. Mesej tersebut didapati diubah sedikit dari semasa ke semasa namun kandungan mesej masih sama,” katanya.

Mengulas lanjut, SEBENARNYA.MY memaklumkan kerajaan pada 2015, 2017 dan 2019 melalui Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga telah menafikan perkara itu.

Antara lain, mesej yang tular itu mendakwa semua panggilan dirakam manakala platform media sosial seperti WhatsApp, Twitter dan Facebook dipantau.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati dengan mesej seumpamanya. 

Advertisement

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Kos sara hidup meningkat, Kenaikan gaji 10 peratus wajar – Tinjauan

Peningkatan kos sara hidup dan komitmen bulanan tinggi mencecah RM4,000 sebulan, khususnya di bandar, mewajarkan kenaikan gaji tahunan sehingga 10 peratus pada tahun depan.

Avatar

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR – Peningkatan kos sara hidup dan komitmen bulanan tinggi mencecah RM4,000 sebulan, khususnya di bandar, mewajarkan kenaikan gaji tahunan sehingga 10 peratus pada tahun depan.

Demikian hasil tinjauan The Merdeka Times pada Khamis lalu yang mendapati rata-rata orang ramai berkata peningkatan kos perbelanjaan meliputi kenaikan kos barang basah, bayaran pinjaman perumahan dan kenaikan kos sewa rumah sebagai faktor kenaikan gaji tahunan itu 

Peniaga, Syafiq Hanan, 30, berkata anggaran komitmen bulanannya yang perlu dikeluarkan setiap bulan adalah sekitar RM3,000 ke RM4,000.

Dia yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu arkitek di sebuah syarikat memilih membuka perniagaan bagi menyelaraskan pendapatan dengan kos sara hidup semakin meningkat.

“Macam dulu, saya tidak memiliki rumah, bila saya beli rumah, kos meningkat kerana pinjaman bank ada kenaikan interest.

“Rumah di sekitar Lembah Klang saya boleh kata paling murah pun RM600,000 bagi rumah kondo atau apartment,” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemubual di Ampang dekat sini pada Khamis lalu.

Advertisement

Bapa kepada seorang cahaya mata itu melihat perlunya peningkatan gaji  tahunan pekerja hingga 10 peratus.

Terdahulu, media tempatan melaporkan hasil tinjauan awam Robert Walters, lebih tiga daripada lima pekerja di negara ini menjangkakan kenaikan gaji antara enam hingga 10 peratus pada tahun depan.

Dapatan tinjauan awam itu melibatkan 400 calon dan organisasi di Malaysia pada September 2023.

Peniaga, Muhamad Ariff, 27, berkata kos komitmen sememangnya akan meningkat seiring dengan pertambahan umur ditambah dengan keadaan ekonomi tidak menentu.

Anak kelahiran Terengganu itu berkata purata bulanan perbelanjaan dikeluarkannya pada setiap bulan adalah RM1,500 yang meliputi pembelian barang basah.

“Sangat baiklah kalau gaji pekerja naik hingga 10 peratus,” kata Muhamad Ariff.

Advertisement

Jurujual yang hanya mahu dikenali sebagai Ema, 30, berkata kenaikan kos sara hidup ketika ini mendorongnya untuk membuat pendapatan sampingan selain menjalankan kerja hakikinya.

Katanya, komitmen bulanannya RM3,000 sebulan terdiri daripada kos sewa rumah yang terus meningkat selain mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga.

“RM500 saya belanjakan bagi perbelanjaan makanan, kalau boleh saving dekat situ, kita guna untuk kos transport. Kalau hantar duit ke keluarga dalam sekitar RM400 ke RM500.

“Sewa rumah pun naik, macam saya berasal dari Sabah dan bekerja di sini, bila-bila masa boleh tukar tempat kerja dan sewa rumah pun perlu dititikberatkan kerana melibatkan jarak lokasi yang mempengaruhi kos lain seperti kos pengangkutan,” katanya.

Ema berkata dia sebelum itu pernah menyewa sebuah rumah dengan kos RM850, namun kini dia perlu mengeluarkan RM1,000 bagi menampung komitmen berkenaan.

Pekerja syarikat perkhidmatan, Sayang Fairuz, 50, pula menyatakan perbelanjaan bulanannya antara RM2,000 hingga RM2,500 yang terdiri daripada kos pengangkutan, barang basah dan tanggungan anaknya.

Advertisement

“Kita kena bajet sangat-sangat, macam contoh hari ini dan semalam saya bawa bekal ke tempat kerja, almost every day saya masak sendiri. Saya tak beli makanan di luar, sangat tidak berbaloi,” katanya.

Dia berkata kenaikan gaji sehingga 10 peratus adalah bertepatan memandangkan rata-rata rakyat Malaysia berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.

“Kalau bagi basic gaji RM1,500 itu possible pada 1990-an, sekarang kita sudah berada pada 2023, tak sesuai lagi RM1,500,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending