Connect with us

Terkini

CUEPACS harap semakan gaji penjawat awam sebelum 31 Disember 2023

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat memuktamadkan semakan gaji penjawat awam sebelum 31 Disember ini.

Wartawan TMT

Published

on

CUEPACS harap semakan gaji penjawat awam sebelum 31 Disember 2023
Foto: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat.
  • Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat memuktamadkan semakan gaji penjawat awam sebelum 31 Disember ini.
  • Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, langkah itu bagi membolehkan tiada isu berbangkit berlaku kepada pesara-pesara kerajaan membabitkan bayaran pencen mereka.
  • Menurut beliau, sekiranya pelarasan tersebut mengakibatkan bayaran pencen kurang berbanding yang diterima Jun lalu, bayaran Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) hendaklah diteruskan supaya mereka dapat menikmati amaun yang sama.
  • “Prinsip pembayaran mana yang lebih tinggi hendaklah dibuat oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan kira-kira 870,000 pesara kerajaan.
  • “Kerajaan perlu serius dalam menyegerakan pelarasan gaji kakitangan awam yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada pesara kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan awal mengenai kajian semula gaji penjawat awam akan dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu ini.

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat memuktamadkan semakan gaji penjawat awam sebelum 31 Disember ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, langkah itu bagi membolehkan tiada isu berbangkit berlaku kepada pesara-pesara kerajaan membabitkan bayaran pencen mereka.

Menurut beliau, sekiranya pelarasan tersebut mengakibatkan bayaran pencen kurang berbanding yang diterima Jun lalu, bayaran Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) hendaklah diteruskan supaya mereka dapat menikmati amaun yang sama.

“Prinsip pembayaran mana yang lebih tinggi hendaklah dibuat oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan kira-kira 870,000 pesara kerajaan.

“Kerajaan perlu serius dalam menyegerakan pelarasan gaji kakitangan awam yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada pesara kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan awal mengenai kajian semula gaji penjawat awam akan dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, kenaikan gaji penjawat awam kali terakhir dilakukan pada 2013 dan kadar ketika ini dianggap agak rendah.

Dalam perkembangan berkaitan, Adnan menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana menerima cadangan CUEPACS untuk mengekalkan bayaran pencen sedia ada kepada pesara melalui pemberian PKKP.

Beliau memberitahu, sebelum itu, kerajaan telah memutuskan supaya pencen dan pencen terbitan bagi Julai hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 adalah tidak sah.

“Pemberian PKKP menjadikan amaun yang diterima oleh pesara sama seperti amaun pencen semasa iaitu amaun pencen pada Jun 2023.

“Keputusan ini adalah langkah tepat bagi membantu golongan pesara yang turut terkesan dengan kos sara hidup semasa,” jelasnya.

Adnan berkata, sekiranya pemberian PKKP tidak dilaksanakan, sudah pasti bayaran pencen bagi penjawat awam yang bersara sebelum 2013 dikembalikan kepada amaun Disember 2012.

“Manakala mereka yang bersara mulai 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara,” katanya.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
  • Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
  • Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
  • Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
  • Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.

Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.

Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.

Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.

“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.

“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.

Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.

Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending